Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cucur Jagung Rangup Di Luar dan Lembut Di Dalam



Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang siri 38 tokoh sufi 44 dan mutiara hikmah al iman Ahmad bin Muhammmad Ar Rudzabari tokoh ulamak di Mesir berasal dari Baghdad.

Ada waktu kita boleh bermain, sila bermain. Tasawuf adalah satu kesungguhan, bukan lawak atau main main. Kalau dalam sektor corporate, boleh bergurau tak? Kita kena serious. Seorang ayah yang garang boleh bergurau tapi anak tak berani bergurau dengan ayah. Kalau ayah buat lucu, kita tak boleh buat lebih lebih. Itu batasan gurauan antara anak dan ayah. Tasawuf bukan gurauan. Ianya tentang pegangan dan matlamat hidup. Seorang menuju pelari pecut yang menuju garisan penamat tak akan bergurau, takut lambat sampai ke garisan penamat. Sama juga perjalanan ke jalan Allah, kita tak nak bercakap, kita nak berzikir.

Antara kata beliau lagi, termasuk tanda orang yang terpedaya ialah bila dia buat jahat tapi Allah tetap buat baik dengan dia. Tak solat tak tutup aurat, tapi tetap kaya. Kamu tinggal taubat bahawa kerana kamu rasa Allah dah ampun dosa kamu.

Bila buat maksiat, rezeki murah dan masih berjaya. Bahagia pasangan walaupun tak solat. Hidup happy dan kaya raya. Tak puasa tapi lebih happy berhari raya dari orang yang puasa. Ada kita tengok sekitar kita melalui Instagram, orang yang terang terangan melanggar perintah Allah tanpa segan silu tapi hidup mewah dengan business yang maju. Ramai yang support dengan membeli barang mereka. 

Dengan segala nikmat yang Allah bagi. Dia rasa Allah ampunkan dia. Tak perlu taubat lagi. Ini namanya tipu daya. Kalau kamu tengok Allah beri nikmat pada orang yang buat maksiat, dan berterusan dengan maksiat. Ketahuilah itu istidraj. Kemuncak bila mereka mula sombong. Ada orang dapat nikmat tak sombong tapi belum hina orang. Lalu ambil semua yang dimiliki jadilah mereka orang berputus asa. Orang diberi nikmat lupa untuk bersyukur. Mereka diberi kesihatan tapi tak syukur. Malunya aku. Lalu bertaubat.

Tapi bila diberi terus lupa. Tak solat tapi aku kaya. Sombong hina Islam, hina ulamak sebab dah kaya. Ingat mulut dan badan akan sihat selamanya. Akhirnya diturunkan secara mebgejut. Diambil waktu hidup. Diambil waktu nak mati. Buat apa harta dan anak anak. Akhirnya jadi seorang yang berputus asa. Sebelum mati masih tetap harap pada Allah. Waktu susah sabar dengan Allah. Putus asa kerana mereka tak nampak lagi apa ada di atas.

Orang beriman tak pernah berputus asa dan sentiasa nampak ada sesuatu yang di atasnya yang menguasainya. Ada masalah kewangan. Bila kita ada aset boleh dicairkan, kita nampak ada lagi hutang yang orang belum bayar. Kita tak risau. Tapi kalau semua tak ada, kita rasa habislah aku. Kalau rasa tak ada orang yang boleh tolong, tak apa lagi. 

Putus asa yang paling tinggi ialah bila tak nampak ada Allah. Musibah adalah untuk kita kenal Tuhan. Saya dah tak ada apa lagi. Kalau tengah karam di lautan, dan papan yang kita berpaut pun dah nak pecah. Tapi ketika itu, dia tahu yang dia ada Allah. Orang buat maksiat akan fikir mati lah aku. Allah tak angkat hijab untuk dia ingat Allah.


Petua cucur jagung rangup di luar lembut di dalam adalah kena bancuh dengan air panas. Atau boleh juga guna air panas dari Coway yang kebanyakannya ada di rumah sekarang ini. Tuang sedikit demi sedikit. sehingga dapat kelembutan adunan yang kita sukai.

Saya hidangkan dengan sos cili sahaja tapi kalau makan begitu sahaja pun sedap juga. Cucu kami Ammar dan Aliya hanya makan begitu sahaja. Itu sebab saya tak letak cili kerana mereka tak makan pedas. Kalau tak ada anak kecil, bolehlah masukkan sedikit cili kisar. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...



Cucur Jagung Rangup Di Luar dan Lembut Di Dalam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
¼ kg tepung gandum
1 biji telur
Secekak kucai – potong 1cm
1 tongkol jagung segar
1 genggam ikan bilis - tumbuk kasar
1 genggam udang - cincang kasar
1 biji bawang besar - hiris nipis
Sedikit daun bawang -opsyenal
1 sudu besar cili kisar - tak letak
½ sudu besar serbuk kunyit
Garam halus
200-250 ml air panas

Cara-cara:
Hiris isi jagung dari tongkolnya. Satukan semua bahan di dalam bekas dan gaul rata. 



Tuang air panas sedikit demi sedikit sehingga sesuai kelembutannya.


Basahkan jari jemari dan jemput adunan ke dalam minyak yang telah betul betul panas. Goreng sehingga garing. 


Angkat dan tos minyak. 




Catat Ulasan for "Cucur Jagung Rangup Di Luar dan Lembut Di Dalam"