Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Kembung



Saya baru balik dari kampung bergotong royong bersama sahabat sahabat masa di sekolah menengah untuk menyediakan bubur Asyura. Sebahagian besar adalah rakan rakan sejak dari darjah 1. Alhamdulillah dipertemukan setelah masing masing mencapai umur persaraan wajib pada tahun ini. 

Ok sekarang kan viral bab mereka yang mengutip derma dan mengambil komisyen dari derma. Jadi saya kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang bab sedekah. 

Bersedekah bagi pada orang yang benar benar menjalankan sedekah itu. Amanah. Ya benar kalau kita sedekah kalau dia tak amanah sekali pun, pahala kita dapat. Tapi kita nak benda tu bermanafaat supaya pahalanya lebih. Dan kita rasa lebih tenang dan bahagia. 

Ketika ditanya mana lebih elok sedekah pada masjid atau orang minta tepi masjid. Pertama nas dalil secara umum apa pun sedekah itu mulia. Namun di sudut aulawiat siapa memerlukan duit. Contoh ada orang yang lapar dan perlukan duit. Yang ini lebih afhdal. Kita kena tahu kayu ukurnya. 

NGO ni minta. Yang satu lagi pun minta. Tengok mana yang lebih telus. Yang ini ada audit, yang ni memang habiskan duit dia untuk perkara perkara baik. Kita memang kena ada ilmu tentang itu. Madrasah banyak, kita kena tengok madrasah mana yang menggunakan derma dengan baik dan sistematik sehingga menghasilkan kebaikan. Hati kita lebih tenang. 

Semua sedekah itu Allah terima. Cuma ketenangan hati melihat apa yang kita bagi tadi berjalan manafaat. Bagi Al Quran pada masjid dan tengok orang baca, kita jadi seronok. Bukan nya disimpan dalam almari dalam bilik imam. Kita beli Al Quran mahal sehingga rm500. Memang pahala sedekah kita dapat. Bila kita tengok ianya tak digunakan hati kita rasa terganggu. 

Kita nak benda yang kita nampak. Kita kita boleh pastikan ianya digunakan. Kita seronok bila sedekah motor diguna untuk pergi kerja kita rasa pahala kita berjalan. Seronok bila bagi pakaian, dia pakai. Bagi jam, dia guna dengan sebaiknya. Kita nampak pahala tu berjalan. 

Kalau kita tak seronok pun, pahala Allah tetap bagi. Tapi kita rasa tak seronok kalau kita tak nampak bagaimana ianya subur dan berjalan. Semua sedekah dapat pahala tapi kita lebih tenang bila melihat apa yang disedekah memberi manafaat. 


Saya sebenarnya teringin nak makan ikan keli goreng sambal tetapi saya ada satu masalah di mana saya tak suka menyiang ikan sungai yang berlendir. Nanti selepas masak, saya tak makan. 

Biasanya pembantu rumah akan basuh dan cuci bersih dan masukkan dalam kuali. Saya samada sambung menggoreng atau selepas ikan digoreng, baru saya menyediakan sambal ikan keli atau sambal berlado ikan ikan keli. 

Kali ini kerja di dapur menjadi lebih cepat kerana saya telah menyediakan pes siap siap dan disimpan dalam peti ais. Nak masak tinggal keluarkan dan masak dengan apa apa lauk yang kita sukai seperti udang, ikan atau telur. Boleh tengok resipi pes sambal di SINI.

Bila saya buat sambal, inilah caranya. Tak ada guna sos tiram, sos cili macam sambal untuk ayam masak merah tu. Halia pun saya tak letak. Ini cara saya lah. 

Apa pun, sambal ikan kembung saya hari ni terpaling sedap dan menepati selera saya. Alhamdulillah puasa hati. Kadang kadang kita memasak, rasa sedap dan menjadi. Ada masa, macam tak kena kejadiannya. Betul tak?

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penuh di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba......


Sambal Ikan Kembung 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan kisar:
3 ekor ikan
Garam
Serbuk kunyit
½ biji bawang besar
6 sudu besar pes sambal

Cara cara:
Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng agak agak masak sahaja. Jangan goreng garing kerana saya mahu ikan sambal yang tidak garing. Angkat dan ketepikan.



Masukkan pes sambal ke dalam kuali dan nyalakan api. Masukkan sedikit air dan biarkan sambal mendidih dan terbit minyak. 


Masukkan bawang besar dan kacau rata sehingga layu. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. 



Kacau rata sehingga sambal bersalut pada ikan. Angkat dan sedia untuk dinikmati. 





Catat Ulasan for "Sambal Ikan Kembung "