Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pes Sambal Azie Kitchen



Bila ada masa, saya akan menyediakan pes untuk beberapa jenis masakan terutama yang jenis bersambal. 

Kenapa sambal? Sebab apa apa tumisan yang menggunakan cili kering kisar, mesti ditumis lama lama dan benar benar masak dan garing. 

Untuk memastikan bahan tumisan benar benar masak, memang memakan masa yang lama. Kita tak boleh menggunakan api yang besar. 

Bila pes dah siap, kerja memasak menjadi sangat cepat. Hanya perlu panaskan pes. Kadang saya masukkan sedikit minyak untuk memasak pes tersebut atau kadang saya guna air sahaja. 

Pes sambal ini boleh diguna untuk pelbagai jenis masakan di rumah saya. Boleh buat sambal udang/sotong, ikan dan juga telur. Nak makan sebagai sambal nasi lemak pun boleh. Sebab sambal ini dah siap sebenarnya. Bukan pes yang perlu ditambah bahan bahan lain lagi. 

Haa untuk sambal ikan kembung yqng dimasak pada hari 10 Muharram, saya sediakan sambal ikan kembung. Hajat hati nak buat sambal ikan keli. 


Alhamdulillah dah ada lauk untuk berbuka puasa hari ini. Saya dah lama amalkan masak hanya satu lauk sahaja sehari atas cadangan anak anak. 

Saya hanya menyediakan sambal durian yang akan dicicah dengan ulam timun Jepun. Masya Allah dah cukup sedap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba..... 



Pes Sambal 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan kisar:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kering kisar

Bahan lain:
2 sudu besar gula pasir
Sedikit gula Melaka - opsyenal
1 - 1 ½ sudu kecil garam
1 keping asam keping
Minyak masak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga benar benar garing dan terbit minyak. Masukkan air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Ulang 2-3 kali proses ini untuk pastikan sambal benar benar terbit minyak. 

Setelah itu, masukkan bahan bahan lain dan masak sehingga terbit minyak yang cantik dan berwarna sedikit gelap.  

Tutup api dan setelah sejuk, boleh simpan dalam peti sejuk. Nota: sesuai untuk masak sambal udang,  sambal ikan, sambal telur dan macam macam lagi. 


Nota:
Dapat 9 sudu besar saiz besar atau 390 gram pes sambal. 



Catat Ulasan for "Pes Sambal Azie Kitchen"