Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Cili Kering Yang Sedap Sehingga Makan Menambah Nambah


Saya ingin kongsikan petikan dari kuliah Zoom malam tadi oleh Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre dengan tajuk Amalkan Sifat Mahmudah yang dikatakan sebagai satu tajuk yang besar. Kerana sifat Mahmudah sangat banyak. Mahmudah bermaksud yang terpuji. Hamidah bererti memuji. Lawannya ialah mazmumah yang tercela. 

Nabi Muhammad SAW bersabda, aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak. Akidah sama dari semua Nabi Nabi terdahulu. Yang disempurnakan oleh Nabi Muhammad ialah akhlak. Orang Arab ada akhlak baik seperti berani, pemurah. Nabi menyempurnakan akhlak akhlak baik ini. 

Apa kaitan sifat mahmudah dengan akhlak. Ada beza mahmudah dengan akhlak mulia. Akhlak adalah sifat yang terzahir secara tanpa paksaan dan tanpa perlu difikir. Contoh sifat sabar yang datang secara natural. Akhlak diajar dulu pada diri. Kena pujuk diri, "Aku kena sabar". Akhirnya dia akan ada akhlak sabar itu. Akhlak boleh nampak waktu travel atau. bermusafir bila kita penat, maka akan keluar kita punya true colour. Keluar secara natural itulah akhlak. 

Sifat mahmudah lebih general, buat sehingga jadi natural. Sabda Nabi, orang paling dekat dengan aku ialah orang paling baik akhlaknya. Bukan orang paling banyak baca Quran, solat sunat dll. Nabi orang paling baik akhlaknya. Kalau nak bersama Nabi kenalah berakhlak yang mulia. Nabi menguasai semua akhlak yang mulia. 

Disebut oleh Iman Al Ghazali diletakkan sifat mahmudah pada 10. Iaitu Taubat, takut, zuhud, sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, mahabbah atau kasih sayang, redha dan mengingati mati.  


Pertama taubat. Taubat membina rasa rendah diri tak sombong. Sentiasa sedar kesilapan kita. Untuk bertaubat, kena mengaku salah. Aku banyak dosa ya Allah. Ampunkan lah aku. Aku menyesal apa yang dah berlaku. Aku tak nak buat lagi. Cukuplah dosa yang aku dah buat. Komponen taubat akan bawa pada sifat mahmudah yang lain bila kita janji tak nak buat lagi dosa dosa lepas. 


Kedua, takut. Takut pada Allah. Datang dengan taubat juga. Membantu untuk kita buat akhlak terpuji. Orang takut pada Allah adalah sifat mahmudah yang mesti ada. Ia akan menjadikan kita orang yang tak buat perkara yang dilarang Allah kerana takut. Kita akan jadi orang terpuji. 


Ketiga zuhud, tidak gila kan dunia. Tak kisah harta. Datangnya orang yang ada sifat pemurah. Bukan ada kaitan directly dengan kaya miskin. Dunia hanya ada di tangan bukan di hati. Ada motor buruk pun takut kehilangan. Itu juga dikira bukan zuhud. Zuhud sifat sukar tapi perlu dibentuk. Caranya mengingati dunia hanya sementara. Dunia lebih hina dari bangkai di sisi Allah. Dunia tak ada nilai, jadi Allah bagi pada semua samada orang beriman dan kufur. 


Tak rasa sedih dengan hilangnya dunia. Contoh tukang jaga tempat parking kereta. Sebelah pagi, kereta masuk dengan pelbagai jenis kereta mahal dan murah. Petang pula, kereta keluar sehingga parking lot kosong. Dia tak sedih bila kereta tak ada kerana tahu bukan kereta tu bukan dia punya. Dia hanya jaga sahaja. Bila diambil oleh tuannya, dia tak sedih. Dia buat kerja sebaiknya. Banyak kereta, tak jadikan dia sombong kerana semuanya milik orang lain yang diamanah untuk dijaga.  


Keempat dan kelima, sabar dan syukur. Lebih mudah sabar dan syukur bila tahu semua nya Allah yang bagi. Bukan kepandaian aku ada semua ini. Orang beriman,  semua perkara buruk dan baik adalah baik untuknya. Jika diberi ujian, dia sabar, baik untuk dia. Bila diberi nikmat, dia syukur. Dua dua baik untuk orang beriman. 


Keenam, ikhlas. Sifat terpuji ialah ikhlas. Lawannya ialah riak. Nak orang pandang dan tahu apa yang dia buat seperti solat, puasa, sedekah, tolong orang. Perlu ikhlas. Allah hanya terima apa yang dibuat dengan ikhlas. 


Ke7 tawakkal bila susah last resort baru tawakkal. Ini tidak betul. Tawakkal adalah sifat terpuji. Namun kena ada tawakkal pada Allah dari awal lagi. Kita kena bersandar pada Allah dari awal. Bukan sahaja pada urusan duniawi tapi juga akhirat. Syaitan akan masukkan perasaan ujub pada diri sendiri. Memang kita buat kerana Allah, nak redha Allah tapi syaitan akan masuk dalam diri dia. Syaitan akan kata Bagus lah engkau, orang lain buat tak ikhlas macam engkau. Kita pun mula bersandar pada diri sendiri. Aku rajin orang lain malas. Aku rajin solat malam. Aku rajin sedekah. Dia kena bertawakal pada Allah. Buat baik atau elak benda buruk kena bertawakal pada Allah. Semuanya dengan izin Allah. Allah yang izinkan kita untuk bangun solat malam dan juga bersedekah. 


Ke8 kasih sayang. Cinta dan sayang pada Allah, pada Rasul dan makhluk lain. Sifat mahmudah ialah cinta pada Allah. Akhlak paling mulia bila kita cintakan Allah. Itu sebab kita buat kerana cinta. Beza dengan orang buat kerana tanggungjawab. Kita akan jadi penat. Beza penat dengan buat untuk orang yang kita cinta. Masa bercinta, boleh bergayut kat handphone sampai 2-3 pagi atau tahan bau busuk kerana dok tepi longkang. Sebab cinta, kita sanggup buat benda luar dari kebiasaan. Sifat mahmudah akan lebih mudah bila ada cinta pada Allah. Allah Maha Pengasih, Allah Maha Mengetahui. Peduli apa dengan manusia, asal Allah tahu. 


Ke9 ialah redha, betapa terpuji orang yang redha. Semua akan iktiraf sebagai terpuji. Ke10 mengingati mati. Nabi suruh ingat pemutus kelazatan. Sebagai peringatan. Satu sifat terpuji. Mati pasti datang dan boleh datang bila bila masa. Jadi kita akan jadi orang yang lebih baik. Semua akan jadi baik, bila kita sentiasa ingat mati. Ada orang guna key chain berbentuk batu nisan. Ada letak talkin kat homescreen lap top. Kita ingat apa akan berlaku lepas mati. Kita orang beriman tahu ada kehidupan selepas mati. Bukan sekadar ingat saat sakaratul maut semata mata. Bila ada sifat mengingati mati, akan senang buat baik. Mata mengantuk tapi bila terfikir mati, akan terus bangun solat.  


Aku tak mampu buat apa kebaikan melainkan taufik dari Allah. Yang dinilai adalah pada pengakhiran. Allah pilih kita untuk dengar majlis ilmu. Orang lain mungkin esok diberi taufik oleh Allah untuk buat lebih baik dari kita pada akhir hayatnya. Tak ada sebab kita nak kagum pada diri kita. Selepas satu amalan, selalu sebut Alhamdulillah untuk buang rasa ujub. Kembalikan pujian pada Allah untuk segala kebaikan. 


Buat sedekah online jer untuk elak dari orang tahu. Senang untuk ikhlas sebab orang pun tak tahu. Tapi boleh datang ujub. Jadi kena sebut, Alhamdulillah selepas selesai transfer. Sebut bagi telinga dengar. Semua datang dari Allah, maka terimalah dari ku. Ini doa untuk buang rasa ujud. 


Redha tak ada rasa ada benda lebih baik dari takdir Allah. Jadikan aku redha pada semua takdir mu. Aku tak suka percepatkan apa yang engkau lambat. Contoh ketika berlaku kematian orang kita sayang. Baginda Nabi sedih dan menangis bila anak baginda mati tapi redha. Tak membentak. Tak persoal atau melawan takdir. Itu tanda redha. Siapa redha maka Allah redha bagi nya. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.



Bila dah berusia, selera kita akan jadi berbeza. Tak rasa lagi suka makan ayam tapi lebih suka bahan yang lebih simple seperti ikan bilis. Nasi goreng saya hari ini kosong sahaja.


Alhamdulillah sangat sedap di tekak saya, sehingga saya menambah 3-4 kali. Saya lebih suka jika bahan dikisar kasar supaya dalam nasi goreng, akan nampak cebisan cili kering. Haa gitu. 


Haa kalau suka, masukkan ikan bilis yang digoreng garing dan bawang goreng. Kalau tak ada, makan kosong gini pun dah sedap. Cuba lah.


Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….


Nasi Goreng Cili Kering
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pot beras - masak nasi
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Kicap manis
Garam

Bahan lain:
Ikan bilis - goreng
Bawang goreng

Bahan kisar kasar:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sejemput cili kering
Sejemput ikan bilis

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan terbit minyak. 

Masukkan sedikit sos tiram, sos tomato dan kicap manis. Kacau rata. Nota: jika bahan tumisan berlebihan, boleh ceduk keluar dan simpan untuk kegunaan akan datang seperti mee hoon goreng dan mee goreng.

Ketepikan bahan tumisan dan masukkan telur. Kacau sehingga telur masak. 

Masukkan nasi dan kacau semua sekali sehingga semuanya bergaul rata. Tambahkan garam secukup rasa. Boleh tutup api.


Nota:
Bahan kisar kasar boleh guna chopper dan masukkan sedikit air. Lebih sedap jika ditumbuk guna lesung batu. 

Cili kering direbus seketika sehingga lembut. 


Catat Ulasan for "Nasi Goreng Cili Kering Yang Sedap Sehingga Makan Menambah Nambah "