Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Daging


Alhamdulillah hari ini kita bertemu lagi. Hari ini 10 Muharaam kita disunatkan berpuasa Hari Asyura. Kalau anda belum berniat malam tadi dan belum makan minum, masih boleh berpuasa sunat hari ini. 

Sekarang saya nak kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan Al Quran. Baca Al Quran memang melembutkan hati. Baca al Quran. walaupun tajwid tak betul. Baca jer. Yang penting baca jer. Belajar tajwid sambil belajar sambil dibaca. Jangan ini menghalang kita. 

Al Quran memang tujuan untuk dibaca.  Hadis ada menyebut berkenaan orang yang tak mahir dan gagap baca Al Quran ada 2 pahala. Pahala susah baca dan pahala baca. Tak ada masalah. Tak mahir semua jadi wakaf. Baca Al quran dengan kemampuan kita. Praktis satu surah yang kita paling lancar. 

Kita orang Melayu, semua pandai baca yassin. Semua orang hafiz Yassin. Baca walaupun tak reti baca surah yang susah atau yang tak biasa. Amalkan baca Al ikhlas selalu, baca 3 kali fadhilat sama dengan 1 khatam. Baca 1000 kali sehari. 

Baca Al Quran bukan bermakna baca dari A ke Z. Apa pun ayat dikira baca Al Quran. Baca apa apa sahaja yang mudah. Kalau tak pandai, bacalah Surah Al Ikhlas. Baca Al Falak dan An Nas. Ulang ulang baca. Kita dah baca Al Quran tu. Kita nak baca Al Baqarah itu yang tak baca baca. Itu dah kira baca Al Quran. Kenapa nak benda yang kita tak tahu. 

Agak mustahil orang kita tak tahu baca surah Al ikhlas. Kalau tahu Al Fatihah jer baca Al Fatihah. Kita dah dapat kelebihan baca Al Quran. 


Saya memang kebelakangan ini suka makan mee hoon goreng, lagi lagi yang digoreng menggunakan daging sebagai perencah. Sedap sangat dengan rasa daging yang manis manis. 

Kalau menggoreng mee hoon wajib saya letak ialah telur. Kalau lain lain macam sayur atau fish cake semua tu, opsyenal jer. Kalau ada, saya letak. Kalau mee hoon kosong pun tak apa, asal ada telur. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Mee Hoon Goreng Daging 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 paket mee hoon
1 sudu besar cili kisar
Daging secukupnya - rebus dulu
2 ikat sayur sawi
1 biji cili merah - hiris
1 keping fish cake - hiris
Sedikit garam
Minyak masak

Bahan sos:
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Sedikit kicap pekat - warna

Bahan tumbuk kasar:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih 
2 sudu besar ikan bilis

Cara cara:
Rendam mee hoon dalam air sejuk seketika sahaja. Tos dan ketepikan. 

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan terbit minyak. 

Masukkan daging dan air rebusan. Kacau rata. 

Masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit kicap pekat. Kacau rata.

Masukkan fish cake dan kacau seketika. Masukkan batang sawi dan kacau lagi. Masukkan daun sawi. 

Masukkan telur dan biarkan seketika sebelum di kacau. Masukkan 1 cawan air panas dan kacau rata sehingga mendidih. 



Masukkan mee hoon dan dikacau rata sehingga mee hoon lembut dan terbit minyak. Masukkan garam, jika perlu. 



Akhir sekali masukkan cili merah. Sebelum dihidangkan tabur bawang goreng.


Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Daging"