Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Daging


Saya ingin kongsikan tafsir Surah Al muzzammil adalah surah ketiga diturunkan pada Nabi Muhammad SAW. Nabi sering membaca ketika solat asar dan subuh.

Muzzammil disebut pada ayat pertama. Allah panggil orang dengan Muzzamil. Muddaththir ialah orang yang berselimut. Apa beza antara keduanya? Sebutan berbeza. Pertama muzzammil berselimut waktu malam ketika tidur. Muddaththir berselimut siang hari tat kala baginda Nabi ketakutan dan meminta Saiditina Khadijah selimutkan baginda. Bangun orang berselimut siang hari dan berilah peringatan dan amaran kepada umat manusia sebagai misi danwah pada kaum Musyrikin.

Manakala berselimut malam hari supaya bangun solat Tahajjud dan baca lah Al Quran dengan tartil. Misi dakwah pada orang musyrikin. Allah perintah Nabi solat malam walaupun dalam kuantiti sedikit dan baca Al Quran dengan tertib. Ianya seolah ubat dan penawar pada nabi dan isteri bagi menghadapi cabaran sebagai seorang Rasul. Bangun malam hari supaya dekat dengan Allah.

Ayat pertama. Riwayat A”ishah, wahai orang sedang berselimut bangun lah untuk solat malam kecuali sedikit masa untuk berehat. Gabung dg hadis nabi lebih cantik. Tentang Perintah Allah pada Nabi secara khusus untuk banyakkan bangun malam. Sedikit tidur.

Kelebihan orang bangun malam. Surah Al israk ayat 79 Allah sebut dari sebahagian malam ada orang bangun tahajjud. Tidur dan bangun. Semua ibadah selepas bangun adalah dipanggil tahajjud dan qiamullail. Jika solat, zikir, baca Al Quran semua dipanggil tahajjud. Apa tujuan tahajjud? Ianya bukan amalan wajib.

Para sahabat waktu siang muka pucat. Ayat 1-2 fikir satu kewajipan. Sebahagian dari malam bila bangun dipanggil ibadah nafillah iaitu ibadah sunat. Yang wajib solat 5 waktu. Solat malam adalah ibadah tambahan pada waktu malam. Sebabnya, Allah sebut yang Allah hendak beri satu kebaikan seperti yang diberi pada Nabi. 4 darjat iaitu para Nabi, sodikin, solihin dan maqam mahmuda. Bila dengar azan baca doa khusus pada Nabi wasilah bangkitkan nabi kami pada tempat yang terpuji. Surah Al israk - 79 - Dan pada sebagian malam, lakukanlah salat tahajud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji. Ini yang perlu kita kejar.

Dari sebahagian malam ada orang bangun bertahajjud. Mudahan Allah bangkitkan di tempat maqam yang terpuji. Ini yang perlu kita kejar. Title maqam wal mahmud yang Allah tawar pada semua kita boleh mencapai darjat tadi. Orang bangun malam adalah kelak bakal dapat tempat terpuji di sisi Allah.

Qiamullail tajuk khusus hadis abdullah abdul rahman cerita tentang bapanya ibnu omar. Bapanya cerita nabi kata pada abdullah bin omar, abdullah bin abbas, abdullah ibnu omar, abdullah bin zubair abdullah bin amru bin as abdullah ibnu mas’ud. 5 Abdullah yang hebat. Dapat ilmu sampaikan pada anak. Nabi pernah berkata pada aku satu hari sebaik baik Abdullah siapakah abdullah yang paling baik? Abdullah yang bangun malam. Sebaik kita adalah jika kita bangun malam. Kenapa diwajib atas baginda untuk bangun malam. Contoh manusia terbaik yang boleh bangun kala orang lain tidur. Tidak lah bapa aku tidur melainkan sedikit sahaja tidurnya. Bangun tiap tiap malam.

Kenapa nak kena bangun malam? Ayat ke5 ayat pertama wahai orang sedang berselimut tanda sedap. Bangunlah waktu malam walaupun sedikit. Ikut kemampuan kita. Yang penting bangun walaupun sekadar 2 rakaat. Yang minta, Aku nak kabul, yang mohon ampun, Aku nak ampunkan. Bangun malam mesti digabungkan baca Al Quran ketika bangun waktu malam. Baca dalam solat adalah lebih afdhal. Apa tujuan? Ayat ke5 jelaskan kenapa. Kelebihan qiamullail ada 3 iaitu sesunguhnya kami akan memberikan pada engkau perintah yang berat. Kerana kami nak bagi tugas berat iaitu cegah kemungkaran, ujian yang pelbagai, kerja berat jadi ringan bila bangun waktu malam.

Nak urusan dunia ringan, bangun malam. Allah nak ringankan bebanan kita dengan minta kita bangun waktu malam. Jangan tinggal sebelas jika nak jadi guru yang sukses. Kenapa 11? Tahajjud 8 rakaat dan 3 rakaat witir. Baginda kadang solat 13 rakaat. Ganti dengan waktu dhuha jika tak buat waktu malam.

Kenapa bangun malam, ayat 6 bangun beribadah waktu malam nescaya lebih mantap kesannya pada jiwa. Lebih tepat doa, yang tepat mustajab kena tepat pada sasaran. Kesannya untuk ketepatan dan paling terbaik. Soalan Muaz bin Jabbar kepada Nabi, boleh tak engkau cerita kan apa ibadah yang aku boleh masuk syurga. Nabi kata puasa itu perisai, sedekah itu akan memadamkan dosa macam air padam api dan orang yang solat di tengah malam. 

Orang solat malam adalah jalan lurus untuk ke syurga. Orang yang muttaqim diberi syurga yang mengalir sungai di bawahnya. Mereka adalah orang sedikit tidur waktu malam. Penghujung malam mereka bangun dan mohon keampunan. Az-Zariyat Ayat 17 Mereka, orang-orang yang bertakwa itu, sedikit sekali tidur pada waktu malam. 

Nabi pergi rumah Hafsah. Hafsah cerita nabi tidur atas kain cotton yang tebal dan dilipat jadi 2 lipatan. Hafsah lipat jadi 4 lipatan. Nabi tidur dan bangun bertanya Hafsah apa yang engkau buat dengan tempat tidur aku. Jawab aku tukar jadi 4 lipatan. Pulangkan tempat tidur aku jadi 2 lipatan. Sedap tidur dan sukar bangun malam. Sukar bangun sebab terlebih selesa. 

Pernah dengarkan kisah Monyet jatuh bila angin sepoi sepoi bahasa bukan masa ribut. Orang yang boleh bangun adalah orang yang hebat. Bangun kerana nak solat. Kenapa bangun malam? Sebab takut hari akhirat. Kerana tamak dengan ganjaran pahala yang Allah nak bagi. Nabi waktu mula sampai Madinah, 4 perkara sebarkan salam, huhungkan silaturrahim dan solat waktu malam masa orang tidur masuk syurga selamat sejahtera. Allah permudah urusan dunia dan urusan akhirat. Paling tepat. Tak ada orang tahu.

Ke3 kelebihan bangun malam, ialah bacaan yang paling mendatangkan kesan pada jiwa. Nabi sebelum tidur akan baca Al Quran surah sajdah, al mulk al israk, az zumar. Kibas dan baca doa tiup dan sapu pada anggota. Berbaring atas lambung kanan. Kiblat sebelah kanan. Letak tapak tangan bawah pipi. Akan baca doa sebelum tidur. Tidur adalah mati kecil. Nabi tidur. Para nabi tidur mata, tapi tak tidur hati. Ketika mula bangun dari tidur baca doa bangun tidur. Baca ayat 190 surah ali imran. Sapu tangan pada muka untuk hilangkan kesan mengantuk. Bersugi. 

Kenapa susah nak bangun malam? Kerana ada hadis ketika anak Adam ada 3 belitan syaitan. Nak buka ikatan baca zikrullah, ambil wudhu dan solat. Melainkan dia tak buat, jadilah dia seorang pemalas. Tak ada mood kerana tak mulakan hari dengan sunnah. Cara kita tidur menentu cara kita bangun. Sebelum tidur letak satu benda yang kita nak buat. Azam nak bangun solat. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 



Mee hoon goreng saya untuk sarapan hari ini memang kosong tanpa sayuran kerana tak ada stock. Malas nak gi beli. Lagi pun anak anak tak lah berapa suka sayur. Tak ada sayur pun OK. 

Memasak mee hoon ni yang utama ialah bahan tumis mesti benar benar masak dan garing. Kedua kalau guna daging, memang lebih sedap kerana rasa daging yang manis. 

Ketiga, mee hoon jangan bagi hancur dan patah. Masa kacau, guna penyepit untuk rencah bergaul rata dengan mee hoon. Pasti cantik lah kejadian. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…


Mee Hoon Goreng Daging
Oleh: Azie Kitchen

Bahan kisar kasar:
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Segenggam cili kering - buang biji dan rebus - saya guna cili tak pedas - guna 2 sudu besar cili kering kisar

Bahan lain:
1 pek mee hoon Jasmine - rendam seketika jer
3 ikat sayur bok choi
1 mangkuk daging batang pinang
1 sudu besar serbuk cili - boleh kurangkan
2-3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
½ kiub pati ayam
1 sudu kecil garam atau secukupnya
½ cawan minyak masak - boleh tambah

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili kering kisar. Masukkan daging terus supaya daging masak sekali. Tumis sehingga sambal terbit minyak dan daging empuk. Nota: jika belum empuk, boleh tambah air dan keringkan lagi sehingga terbit minyak. 

Masukkan sos tiram, kicap pekat, kiub pati dan garam, jika perlu. Kacau rata sehingga mendidih dan terbit minyak. 

Masukkan ½ cawan air panas dan kacau sehingga mendidih. Masukkan mee hoon dan kacau rata sehingga terbit minyak dan mee hoon kelihatan berkilat. 
Nota: jika suka sayuran, boleh masukkan selepas masuk mee hoon. Masukkan taugeh dan terus tutup api. 

Tabur bawang goreng dan daun sup. Sedia untuk dinikmati.


Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Daging"