Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kurma Daging Kambing


Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang. Beliau adalah ustaz menjadi favorite saya kerana penyampaiannya yang jelas dengan penggunaan bahasa yang sangat hebat. Kali ini berkenaan jiwa qanaah. 

Manusia bukan cukup dengan jumlah tapi cukup dengan jiwa qanaah. Yang penting, bukan nak cari sebanyak mana duit tapi kena kuatkan jiwa qanaah. Kalau kuat jiwa qanaah, kita akan rasa cukup. Bukan cari sebanyak mana duit tapi kuatkan jiwa qanaah. Cari duit banyak mana sekali pun semua simpan dalam bank. Kat tangan tak ada. 

Kadang ada orang dalam bank tak ada tapi dalam poket banyak. Kadang orang kaya pula pinjam dengan orang miskin. Tak boleh guna juga kerana duit semua dalam bank, dalam saham dan simpan  dalam asset.  Beli rumah di luar negara. Bukan boleh duduk pun. Duduk sini. Cuma rasa seronok jadi kaya. Allah tak bagi rezeki yang banyak kerana ianya bukan tanda cukup. 

Berilah banyak mana pun, tak akan cukup. Ia berkait dengan jiwa. Allah tak bagi rezeki banyak kerana itu bukan tanda cukup. Berilah banyak mana tak cukup. Itu sebab orang kaya masih berhutang dan berdengki sama sendiri. 

Kisah jutawan gaduh dengan jutawan walaupun duit masing masing ada juta juta. Bergaduh duit jual tanah, berlaku tipu tipu sehingga akhirnya berlaku pembunuhan. Seorang mati seorang masuk jail. Mana duit dia, semua bagi pada anak anak. 

Maksudnya, bukan berapa banyak duit ada tapi berapa banyak sifat qanaah yang kita ada. Ajar anak anak sifat qanaah. Bukan ajar nilai duit banyak. Berapa pun dia ada, dia akan rasa cukup. Bila kita ajar dia nilai duit, akhirnya dia akan jadi penipu, perompak penyamun. Semua sebab rasa tak cukup. Kalau rasa cukup, hak orang dia tak ambil dan hak dia pun, dia bagi kat orang, Ini jiwa yang kita nak bentuk. Qanaah. 

Rezeki datang banyak mana pun tak cukup. Ia bukan pada jumlah nya tapi pada jiwa qanaahnya. Bila ada jiwa qanaah, akan cukup. Bila tak ada jiwa qanaah, bagi berapa pun tak akan cukup. Manusia bukan cukup dengan jumlah. Kalau cukup dengan jumlah, Allah pasti akan bagi semua dengan jumlah yang sama. Allah jadikan manusia cukupnya dengan sifat qanaah. 



Alhamdulillah kurma kambing saya hari ini sangat sedap walaupun telah berlaku kesilapan. Entah macam mana saya boleh tak perasan saya dah terambil rempah kari. Dah tuang rempah kari, baru perasan selepas melihat warna rempahnya. Walaupun sempat ceduk buang sebahagiannya, kurma saya masih berwarna kemerahan. 

Tapi kerana warna inilah kurma saya menjadi lebih cantik. Ianya tidak lah putih seperti mana kurma yang biasa. Hahaha Alhamdulillah. Itulah hikmahnya. 

Saya jarang memasak kurma di rumah kerana anak anak tak suka masakan kurma walaupun kurma ayam. Tapi sebab saya nak rasa kurma kambing, saya masaklah juga. Tapi habis licin juga kerana sedal dan saya sendiri makan mengulang ngulang juga. 

Yang paling saya suka bila makan kurma ialah bawang besar yang dihiris 4 dan masuk ke dalam kurma. Rasa manis bawang tu, wallaa sedap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Resepi Kurma Kambing ni..memang sedap sampai titisan kuah yang terakhir.


Kurma Kambing
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan-bahan Kisar
½ biji bawang Holland
1 biji bawang merah
3 cili hijau
3 cm halia

Bahan tumis:
½ biji bawang Holland - hiris
1 biji bawang merah - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 daun pandan
3 tgkai daun kari
2 sudu besar minyak sapi/mentega
5 biji buah pelaga
3 bunga lawang
5 cengkih

Bahan bahan:
1 kg daging kambing
1 biji kentang
1 rempah kurma Adabi kecil
1 rempah kurma Babas kecil
Perasa dan garam secukupnya
3 keping asam keping
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar serbuk lada hitam - tak letak
1 kotak santan
Minyak masak

Bahan hiasan: 
3 biji bawang besar - belah 4 tak putus
3 cili hijau

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga layu dan naik bau. 

Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga terbit minyak.


Masukkan rempah kurma. Kacau rata. Masuk sedikit air dan asam keping. Masak sehingga terbit minyak.

Masukkan daging kambing dan biarkan sehingga air daging kambing kering dan terbit minyak. Kemudian masukkan air untuk empukkan daging. 


Masukkan ubi kentang. 

Setelah daging empuk, masukkan santan dan semua bahan perasa. Masukkan bawang besar hiasan. 

Sebelum tutup api, masukkan cili hijau. Tutup api. 





Catat Ulasan for "Kurma Daging Kambing"