Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Kampung Masak Ungkep


Alhamdulillah hari ini kita bertemu lagi. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang sentiasa menyokong blog saya dengan menghadiahkan klik pda iklan yang keluar di blog saya. Semoga Allah sahaja yang membalas niat dan kebaikan anda semua. 

Saya ingin kongsikan petikan video dari Tokku Pasir Gudang berkenaan dunia yang sementara. Katakan seluruh dunia ini dalam genggammu dan katakan semua menjadi milik mu.

Bila datang kematian, apa tersisa di tangan mu. Bila mati apa kita ada. Itu soalan. Tanya diri kita apa kita ada. 

Anak dah tak ada. Kawan beribu dan selebriti dengan follower juta juta pun dah tak ada. Bila mati, mana peminatnya. Mereka cari orang lain untuk follow. Ingat setakat tu jer. 

Tak payah bercita cita nak dunia semua. Cukup sekadar cari dunia untuk tujuan yang Allah perintah. Tak payah cita cita nak jadi orang terkaya di dunia. 

Steve Job kaya bila mati apa dia boleh buat dengan duit tu. Yang bernilai USD9 ribu billion bila mati apa dia boleh buat dengan duit itu. Yang bernilai hanya katil hospital. Katil mahal dinrumah dah tak ada nilai. Itu baru sakit bukan cerita mati. 

Kisah seorang perempuan, kaya aset ratus juta. Kena kanser. Botak kepala. Semua kekayaan dinikmati orang lain bukan dia. Bila dia kena kanser, kepala jadi botak. Semua harta dan kekayaan dimiliki orang lain. Rumah diduduk maid, private jet pun staff yang nikmati. Private jet pun dah tak naik. Menunggu masa untuk masuk kubur. Dia hanya ulang alik ke hospital. 

Hakikat hidup tak akan kekal di sini walaupun kita ada semua di sini. Yang penting amalan kita. Jangan mengeluh sangat bab di dunia. Hal yang kita akan tinggalkan nanti. Jangan bergaduh adik beradik. Nanti mati belaka. 

Biar berfikir secara bijak. Jangan fikir seolah kita dok di dunia dan tak balik ke akhirat. Fikir sebagaimana orang yang akan balik ke akhirat. 

Ini cara Nabi, hiduplah di dunia sebagaimana orang asing yang bermusafir menumpang lalu. Kita orang asing. Kita akan balik ke tempat asal kita iaitu di akhirat samada kekal di syurga atau neraka. Semoga bermanafaat. 


Saya dah lama tak ada beli ayam kampung. Sebenarnya saya mencari ayam pencen tapi sebab tak ada, beli lah juga ayam kampung. Jadi bila ayam kampung, sedap dimasak Ungkep iaitu masakan Jawa yang sebenarnya sangat mudah disediakan. 

Cuma bila masa menggunakan ayam kampung, masa memasak untuk ayam empuk agak lama. Ayam dibiarkan berebus dengan rempah rempah sehingga ianya meresap ke dalam isi ayam. 

Jika suka boleh juga masukkan sedikit santan. Tapi resipi ori Ungkep tak ada menggunakan santan tau. Itu hanya mengikut selera dan tekak masing masing jer. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Ayam Kampung Masak Ungkep
Oleh: Azie Kitchen

Bahan kisar:
4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit 
Cili padi secukupnya
1 batang serai
3 biji buah keras - opsyenal

Bahan A:
Ayam 
Garam 
Serbuk kunyit

Bahan B:
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan manis

Bahan C:
1 kg ayam kampung
1 batang serai - ketuk
Asam keping
Garam
Gula
Sedikit gula Melaka
Kiub pati ayam 
Minyak masak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis serai ketuk dan bahan kisar sehingga terbit minyak. 




Masukkan ayam, Bahan B dan asam keping. Kacau sehingga air ayam kering. 




Masukkan air secukupnya untuk kuah dan empukkan ayam. 

Masuk garam, gula, gula Melaka dan serbuk perasa. 


Nota:
Nak lagi sedap biji ketumbar dan jintan manis disangai dan tumbuk. 

Lebih sedap menggunakan ayam tua/ayam pencen. 

Makan dengan nasi puteh dan timun pun dah sedap. 


Catat Ulasan for "Ayam Kampung Masak Ungkep"