Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Ayam Aidil Adha Yang Sedap



Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sebelum itu, jangan lupa untuk klik follow blog saya dan juga klik iklan yang keluar di bahagian atas blog saya ini. 

Walaupun kita tidak menunaikan fardhu Haji tahun ini, saya percaya kita semua di sini mengikuti aktiviti dan pergerakan jemaah Haji di Tanah Suci setiap hari melalui socia media. Lebih lebih lagi keadaan agak kelam kabut dengan keputusan kerajaan Saudi yang mengenakan pelbagai peraturan tambahan bagi menangani masalah jemaah Haji yang masuk menggunakan visa pelancung. Jemaah yang ingin solat di dalam masjid juga terpaksa melalui polis yang membawa scanner untuk scan kad nusuk jemaah. 

Ramai lah netizen membuat pelbagai komen menuduh syarikat pengendali telah menipu jemaah. Jemaah yang masuk menggunakan visa pelancung terpaksa berhati hati takut ditahan oleh pihak berkuasa. Ramai yang dikatakan ditahan dan dihantar balik. Yang mana berhati kecil, akan berada dalam ketakutan kerana dikatakan pihak polis juga membuat serbuan di hotel dan bilik penginapan.  

Tapi saya tak tahu kalau ada jemaah Malaysia yang dihantar balik atau gagal menunaikan ibadah Haji. Jemaah akan diuruskan untuk mendapat tasreh dan nusuk untuk membolehkan mereka berwukuf di Arafah dan seterusnya bergerak ke Mudzalifah dan Mina. Aturan ini telah dimasukkan ke dalam pakej cuma kelulusan mungkin memakan masa. Bukan lah sampai jer di Jeddah, tasreh dan nusuk telah tersedia. 

Alhamdulillah semua jemaah Haji termasuk anak saudara saya Haji Ruzman dan Hajah Wahidah telah pun selesai mengerjakan semua Rukun dan wajib Haji dan telah bergelar seorang Haji atau Hajjah. Tidak lupa juga besan dan sahabat kami yang menunaikan Haji kali kedua iaitu Dato Setia Salehuddin Saidin, Datuk Mohd Khairi Malik, Dato Wan Nazari Yusoff dan Dr Abdol Aziz Sahat berserta pasangan masing masing. Juga sahabat umrah Ramadhan saya Puan Roslina dan Puan Mardiana yang juga mengerjakan Haji kali kedua. Alhamdulillah syukur. 

Masih ingat sewaktu saya mengerjakan Haji pada Disember 2006 - Januari 2007 dan setelah selesai semua ibadah Haji, ustaz dan ustazah yang membimbing kami berpesan “jaga haji supaya tidak gugur.” Secara jujur ketika itu, saya tak faham apa yang dimaksudkan kerana mereka tidak “elaborate”.  Dan saya juga tidak pula mengambil kisah untuk bertanya. Orang muda macam tu lah. 

Jadi akibatnya ada lah juga perkara perkara yang telah saya lakukan yang sepatutnya boleh dielakkan. Sungguh saya terkilan kerana tidak mengambil berat pesanan tersebut. 

Pahala Haji adalah umpama puasa yang mana kita akan mendapat 100 markah. Bila kita melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya markah akan ditolak dan begitu lah seterusnya. Jadi inilah yang kita kena jaga supaya markah tetap kekal sehingga ke akhirnya. 

Haji yang mabrur, tiada balasannya melainkan syurga. Mabrur atau tidak Haji seseorang boleh dilihat dari perubahan sikap dan akhlak seseorang. Ada yang boleh dinampak terus dan ada yang boleh dilihat kemudian. 

Hubungan sesama manusia lebih baik seperti banyak memberi salam, banyak belanja makan. Ibadah juga lebih baik dengan banyak melakukan ibadah sunat juga, banyak menghadiri majlis ilmu dsb. Apa pun, kita doakan semoga semua jemaah Haji yang mengerjakan Haji baru baru ini dikurniakan Haji yang mabrur. Aamiin. 


Tahun ini mencatat sejarah kerana kali pertama rendang saya basi di pagi raya. Saya memasak awal kerana mahu mengambil gambar untuk blog. Semasa berbuka puasa, saya sempat lah makan seketul. Dalam hati berkata Masya Allah sedap nya sambil mencicah dengan lemang. Oleh kerana dah berjanji dengan anak anak untuk makan malam di luar, saya makan sedikit itu sahaja. 

Selepas balik, kami terus masukkan rendang ke dalam 2 bekas untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk. Tapi malang sekali kerana masing masing terlupa untuk memasukkan ke dalam peti ais sehingga ke pagi esoknya. 

Selepas balik beraya di rumah besan di Shah Alam, Nelly dan Juita pergi ke NSK untuk membeli ayam. Manakala saya terus balik ke rumah menyiapkan bahan bahan. Hubby pula tolong menyiang dan mencuci ayam. Ayam siap dicuci, dah sedia untuk dimasukkan ke dalam kuali. Bila sama sama membantu, kerja menjadi lebih ringan. 

Alhamdulillah sedap rendang ayam yang saya masak sedikit basah kali ini. Sesuai dengan apa yang saya inginkan. Rendang yang basah basah seperti ini biasa kita jumpai kalau beli nasi lemak dengan lauk rendang ayam. Kalau yang jenis kering, sedap dimakan dengan lemang dan pulut kuning. Puashati walaupun terpaksa memasak di hari raya kerana kejadiannya cantik, sedap dan cepat jer rendang habis. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…



Rendang Ayam Aidil Adha
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ekor ayam - potong kecil
1 kotak kecil santan kotak - guna 300 santan + 200 ml air
4-5 sudu besar cili kering kisar
4 helai daun limau purut - jika suka
2 helai daun kunyit - hiris
4 sudu besar kerisik
10 ibu jari gula melaka - 1 keping
1 sudu besar garam kasar
2-3 keping asam keping
Minyak masak

Bahan kisar:
2 biji bawang besar - saiz besar
6 biji bawang merah - saiz besar
6 ulas bawang putih
4 ibu jari kunyit hidup - 2 sudu besar kunyit kisar
3 inci lengkuas
6-7 ibu jari halia - 4 inci halia
4 batang serai
3-4 biji buah keras

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga terbit minyak. 


Setelah terbit minyak, masukkan daun limau purut.


Masukkan ayam dan kacau rata. Masak sampai air ayam tu kering dan terbit minyak. Nota: Jangan letak air kerana ayam akan keluar air sendiri.


Masukkan asam keping, kerisik, gula Melaka dan garam.


Masukkan santan. Masak sehingga terbit minyak dan kering yang disukai. 


Sebelum tutup api, taburkan hirisan daun kunyit. Kacau rata.




1 ulasan for "Rendang Ayam Aidil Adha Yang Sedap"

  1. assalamualaikum. kalau 10 ibu jari gula melaka (1 keping), maknanya gula melaka jenis tinggi tu ke? tkasih.

    BalasPadam