Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Goreng Daging Yang Sedap


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ini, saya masih diberi kesempatan untuk post blog. Entah kenapa kebelakangan ini, memang mood untuk update blog memang ke laut sikit. 

Saya menjadi sangat rindu bila melihat sahabat sahabat yang pernah bertemu di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah akhir Ramadhan. Mereka adalah wanita hebat yang kuat beribadah. Setiap tahun mereka mengerjakan umrah akhir Ramadhan sendiri. Maksudnya tanpa ditemani suami. 

Kadang kadang terfikir juga umrah bulan Ramadhan, lebih senang pergi bersendirian kerana kalau ikut pengalaman saya lah, saya balik balik bilik hanya selepas Subuh untuk tidur, mandi dan basuh baju. Lepas tu terus pergi lagi. 

Saya tak balik sehingga Subuh keesokannnya. Cuma beberapa tahun kebelakangan, saya balik selepas Terawih dan pergi balik untuk qiamullail. Terasa badan dah tak kuat bila tak tidur. Lagi satu saya mengantuk ketika solat. Saya takut kalau ianya tidak berkualiti bila kita tidak kusyuk. 

Selepas musim Haji ini, orang mula masuk untuk mengerjakan umrah. Terasa rindu juga untuk mengerjakan umrah. Insya Allah kalau ada rezeki saya ingin pergi di hujung tahun yang mana cuacanya lebih sejuk. 

Untuk perkara perkara baik, kita kena ada niat dan azam. Insya Allah kita telah dituliskan pahalanya walaupun kita belum lagi melakukannya. Insya Allah. OK setakat ini dahulu, kita masuk pula bab masakan. 


Saya pasti ramai yang follow saya pasti tahu yang saya adalah peminat tegar mee goreng. Tapi sangat susah nak jumpa mee goreng yang kena dengan selera saya. 

Saya suka mee yang sedang sedang sahaja, tidak basah dan tidak kering, tidak terlalu banyak perencah. Susah nak jelaskan kerana citarasa saya memang pelik. Mungkin pada orang lain biasa sahaja. Tapi tekak saya memang susah nak terima mee goreng yang biasa dijual di restoran dan kedai makan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…


Mee Goreng Daging Yang Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
480 gram mee Numee
1-2 sudu besar cili kisar
Daging secukupnya - rebus dulu
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Kicap manis secukupnya
Sedikit kicap pekat - warna
2 ikat sayur bok choi
1 biji cili merah - hiris
Segenggam fish ball - belah 2
1 keping fish cake - hiris
Minyak masak

Bahan tumbuk kasar:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih 

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan terbit minyak. 

Masukkan daging dan air rebusan. Kacau rata. 

Masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit kicap pekat. Kacau rata. Masukkan air rebusan dan kicap manis secukupnya. Kacau sehingga mendidih. 



Masukkan fish ball, fish cake dan kacau seketika. Masukkan batang bok choi dan kacau lagi. 

Masukkan mee kuning dan kacau rata. Masukkan daun bok choi dan cili merah. Boleh tambah kicap manis untuk mendapat warna yang disukai. Siaap. 





Catat Ulasan for "Mee Goreng Daging Yang Sedap "