Ikan Selar Kuning Berlado
Insya Allah hari ini saya masih berpuasa Syawal. Cara saya memang selepas raya terus berpuasa samada raya kedua atau ketiga. Kalau lambat, mulai banyak jemputan rumah terbuka, majlis perkahwinan dsb.
Arwah Bonda saya pun macam tu, hari raya kedua dia mula berpuasa sunat Syawal. Arwah juga berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis. Amalan yang dibuat sehingga meninggal dunia.
Jadi yang mana belum mulakan lagi tu, jom lah mulakan. Mati tidak mengira usia tua atau muda. Kena sentiasa mengingati mati supaya kita sentiasa ingin menambahkan amal ibadah sebagai persediaan.
Jangan umur dah lebih 60 tahun, belum terbuka hati nak berpuasa bulan Syawal. Hidup hanya solat 5 waktu dan berpuasa Ramadhan sahaja. Hmm cukup ke? Memang cukup kalau ibadah itu sempurna tapi yakin kah solat cukup kusyuknya, betul bacaannya. Hidayah memang milik Allah tapi kita kena mencari nya. Jangan ada rasa menyampah bila ada orang berpesan atau mengingatkan. OK setakat ini dahulu, jom masuk bab masakan.
Saya kadang pening memikirkan lauk nak dimasak. Anak anak hanya suka makan ayam. Hari hari masak lemak ayam atau kari ayam. Saya pulak jemu macam dah tak boleh nak ditelan dah.
Mereka tak suka ikan tapi sekali sekala saya masak jer ikan. Ada juga nampak mereka ambil seekor seorang. Pernah saya masak lemak ikan, langsung tak disentuh sehingga beberapa hari.
Kalau nak masak ikan mesti ikan ya g bergoreng seperti ini. Jadi mereka tak lah rasa sangat ikan. Letakkan sambal atau kicap, ok lah sikit.
Tapi serious untuk saya, lauk ikan selar kuning berlado ini sangat sedap. Goreng ikan garing garing, memang boleh makan meratah ratah gitu jer. Tak perlu lauk lain dah.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…
Ikan Selar Kuning Berlado
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
12 ekor ikan selar kuning - garam kunyit
1 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
1 keping asam keping
Serbuk perasa
Bahan kisar kasar:
1 genggam cili padi hijau
1 biji bawang besar - saiz sederhana
2-3 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng iakn garing sedikit.
Menggunakan minyak menggoreng ikan, tumis bahan kisar sehingga berwarna sedikit keperangan.
Masukkan garam, gula dan asam keping. Masukkan ikan goreng dan kacau rata.
Nota: boleh juga tuang sambal atas ikan, jika nak ikan lebih garing.
Catat Ulasan for "Ikan Selar Kuning Berlado"
Add your comment