Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Tulang Sedap Untuk Berbuka Puasa



Alhamdulillah saya bersiaran lagi. Saya ingin meminta kerjasama semua pembaca blog saya untuk subscribe atau follow blog saya dengan klik butang follow di bahagian bawah blog saya. Dengan ini anda akan mendapat notifikasi setiap kali saya update blog. 

Saya banyak mendapat mesej dari pembaca blog saya di mana bila mana mereka mahu mencari resipi, mereka akan taip nama resipi dan diikuti dengan Azie Kitchen. Contoh mee goreng Azie Kitchen.

Jadi atas sebab itu, setiap kali saya update post baru, tidak ramai yang baca walaupun jumlah pembaca blog saya pada hari tu beribu ribu jumlahnya. Jom lah semua klik follow blog tau. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. Sekarang kita masuk pula bab resipi. 


Sebenarnya lauk ini saya masak untuk hidangan berbuka puasa hari pertama Ramadhan. Tapi dek kelam kabut, saya pos dah tak ikut aturan tarikh. Kira saya pos yang mana saya rasa saya sempat sahaja. 

Saya belajar cara menyediakan sup ini dari Cikgu Rasuna terutama bab untuk menambahkan selera sup kita. Caranya ialah sebelum dihidangkan, dipanaskan sekejap sup kemudian baru ditabur buah tomato, cili padi, daun sup dan bawang goreng. Jadi hidangan sup kita nampak lebih menyelerakan kerana daun sup semua masih segar. 

Tips lain nak bagi sedap ialah sediakan bawang goreng dan tuang bawang goreng bersama sedikit minyak gorengan bawang tadi ke dalam periuk kuah sup. Haa lebih wangi dan beraroma gituuu. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Sup Tulang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg tulang 
2 serai - ketuk
Garam

Bahan Tumbuk:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan tumis:
2 sudu besar rempah sup
1 sudu besar rempah kurma
Rempah 3 sekawan

Bahan lain:
Buah tomato - potong dadu
Daun sup - hiris
Cili padi - hiris
Bawang goreng - sekali dengan minyak gorengan

Cara cara:
Tulang direbus sehingga daging empuk. Biarkan sejuk dan masukkan dalam peti ais. Ceduk keluar lemak yang beku di permukaan air rebusan daging.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumis. Masukkan bahan tumbuk. Kacau rata. Masukkan air. Masak sehingga terbit minyak.


Tuang ke dalam sup dan tulang yang sedang mendidih dengan daun pandan. Masukkan garam dan serbuk perasa.


Tabur daun sup dan bawang goreng.




Catat Ulasan for "Sup Tulang Sedap Untuk Berbuka Puasa"