Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Paru Lembut



Alhamdulillah hari ini saya mencuri curi waktu disebalik kesibukan di bulan Ramadhan. Rasa masa di bulan Ramadhan memang terisi padat sekali. Pagi pagi saya menghantar Aliya ke sekolah. 

Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan di blog saya tau. Terima kasih atas kerjasama anda semua. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Balik dari sekolah, singgah di kedai runcit untuk beli apa apa bahan untuk dimasak menu berbuka dan bersahur. Sesampai di rumah, saya terus ke dapur dan memasak. Sebaik selesai, sempatlah solat Dhuha sebelum keluar untuk mengambil Aliya. 

Aduui risau juga sebab masa untuk mengaji, untuk berzikir atau mendengar taddabur sangat berkurangan. Cuma di sebelah malam, masa saya hanya untuk diri sendiri. Itu pun kepenatan sangat. Kadang tertidur awal juga. 

OK lah setakat ini dahulu, jangan lupa untuk memperbanyakkan amalan di bulan di mana ianya adalah satu pesta ibadah di mana pahala yang diberi adalah berganda ganda dari bulan biasa. 


Sambal paru adalah lauk kegemaran anak kedua saya, Nellisa. Kalau bulan Ramadhan setiap hari makan paru pun OK. Tapi Nana memang tak makan organ dalaman. Jadi dia memang tak makan lah paru. Kalau saya masak paru, saya kena masak lauk lain untuk dia. 

Kalau biasa, saya buat sambal paru jenis rangup tapi kali ini saya buat yang jenis lembut. Caranya mudah jer, jika nak paru kita lembut, masukkan paru ke dalam sambal ketika paru masih dikacau atas dapur. 

Kalau nak paru yang rangup, kita sejukkan dulu sambal. Setelah sambal benar benar sejuk, baru dituang paru yang telah digoreng dan kacau rata. Kalau tanya saya, dua dua pun saya suka. Tak ada lah makan masakan sejenis dari dulu hingga selamanya kan. Kena lah juga pelbagaikan masakan kitta. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINISelamat mencuba….


Sambal Paru Lembut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg paru
2-3 sudu besar cili kisar
Gula melaka
1- 1 ½ sudu besar gula
½ sudu kecil garam atau secukupnya
Pes asam jawa atau asam keping

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Belacan - opsyenal

Cara cara:
Lumur paru dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing yang disukai.



Masak sambal sehingga betul betul garing dan terbit minyak.

Masukkan garam, gula dan kiub pati ayam secukupnya.

Setelah terbit minyak, masukkan paru dan kacau supaya paru lembut.





Nota:
Jika suka paru yang rangup, sejukkan dulu sambal sebelum dimasukkan paru.



Catat Ulasan for "Sambal Paru Lembut"