Masak Lemak Pucuk Manis Dengan Ubi Keledek
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga kita semua dapat menjalani Ramadhan ini dengan penuh keimanan dan menjadi orang yang bertaqwa selepas menamatkan bulan Ramadhan. Aamiin. Sebelum itu, jangan lupa klik follow blog saya dan klik iklan yang keluar juga tau. Terima kasih atas sokongan anda.
Tahun ini ramai peniaga mengeluh kerana business tidak begitu laku. Jualan makanan di bazar Ramadhan dikatakan tidak begitu laku dengan harga pula dinaikkan untuk cover kenaikan kos bahan. Saya baca ada yang menaikkan harga sekeping murtabak sehingga RM2.00 yang kononnya atas alasan harga bahan naik. Macam melampau lah pulak kan.
Kita sebagai pembeli sebenarnya boleh juga untuk boikot peniaga yang menjual dengan harga keterlaluan. Tak kan lah harga bahan naik sehingga RM2.00 untuk sekeping murtabak kan?
Kita sebagai pembeli boleh guna kuasa sebagai pembeli. untuk boikot apa sahaja perniagaan yang tidak beretika dengan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga dengan keterlaluan atau perniagaan lain yang mengganggu gugat agama kita. OK setakat ini dulu dari saya, jom masuk bab masakan pula.
Saya teringat masa di kampung dulu, kami ada beberapa pokok pucuk manis di belakang rumah. Terletak berdekatan dengan reban itik. Setiap pagi masa mengutip telur itik, saya akan pergi ke pokok pucuk manis untuk mengambil bunganya. Suka melekatkan di telinga, ala ala subang gitu. Hahaha apa lagi mainan budak kampung. Bukan macam budak kampung sekarang, yang banyak memerap di dalam bilik sahaja.
Saya dulu kalau ada masa, kayuh basikal pergi ke Pantai Melawi melepak di rumah arwah sahabat saya Arwah Zamilah. Duduk bersembang sembang di atas pasir pantai sambil mengadap lautan membiru. Jauh bukannya dekat dengan rumah. Rasanya ada kot 3-5 batu. Tapi zaman dulu tak risau, tak ada orang jahat, tak ada kes jenayah semua.
Berbalik pada pucuk manis ni, ianya sedap dimasak lemak selain itu ianya juga sedap dimasak air sahaja. Bahan sama dengan masak lemak, cuma tambah sedikit lada hitam dan gantikan santan dengan air. Juga sangat sedap.
Saya makan lauk ni masa berbuka dan sambung lagi masa sahur. Masya Allah sedap sangat. Siap meratah ratah lagi. Puashati dapat makan menambah nambah.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Masak Lemak Pucuk Manis. Dengan Ubi Keledek
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 ikat pucuk manis
1 batang ubi keledek
1 kotak santan
1 biji cili merah
Garam
Bahan tumbuk:
5-6 biji bawang merah
1 genggam ikan bilis
Cara cara:
Satukan bahan tumbuk dengan santan dan air secukupnya. Kacau rata. Nyalakan api.
Masukkan ubi keledek dan masak sehingga mendidih dan ubi hampir masak.
Masukkan daun pucuk manis dan cili merah. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan garam secukupnya. Jika suka, boleh masukkan perisa Aji.
Nota:
Lagi sedap jika menggunakan isi ikan rebus. Jika suka, boleh masukkan sedikit lada hitam yang ditumbuk sekali dengan. bawang.
Catat Ulasan for "Masak Lemak Pucuk Manis Dengan Ubi Keledek"
Add your comment