Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hanoi Kami Datang Lagi



Alhamdulillah kami telah selamat kembali dari percutian ke Hanoi dari 3 hingga 7 Februari 2024. Jangan lupa untuk klik iklan yang muncul di blog saya tau. 

Ini kali kedua saya ke Vietnam dan secara tepat nya kali kedua percutian ke Hanoi. Kali pertama selepas balik dari mengerjakan ibadah Haji pada awal Februari 2007 di SINI. Kali ini kami bercuti bersama sama sahabat dari alumni seramai 7 pasangan. 

Percutian kali diuruskan oleh HRH Travel kepunyaan kakak Fiza. Lebih mudah berurusan kerana Fiza dan suaminya Tahir juga alumni Kolej Ketiga ikut serta dalam percutian ini dan yang sebelumnya. 


Kami keluar dari rumah pukul 5.00 pagi. Sampai di KLIA, terus ke kaunter untuk check in luggage. Alhamdulillah orang belum ramai jadi proses check in sangat cepat.  Selepas itu, kami ke surau untuk menunaikan solat Subuh. Selepas solat, kami singgah sarapan roti bakar di kopitiam berhampiran surau.




Kapal terbang berlepas pukul 10.12 pagi, agak lewat dari jadual asal yang sepatutunya pukul 9.30 pagi. Penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hanoi memakan masa selama 3 jam. Waktu Hanoi 1 jam lewat dari waktu Malaysia. 

Hidangan tengahari disediakan di dalam penerbangan. Seperti biasa, nasi lemak yang sepatutnya makanan Malaysia yang paling sedap, tapi bila dalam MAS jadi tak sedap. 




Sampai di Noi Bai International Airport (NIA) pukul 12.20 tengahari waktu tempatan. Hanoi terletak d Vietnam utara yang menpunyai 4 musim di mana sekarang ialah musim winter. Waktu siang cuaca nyaman sahaja untuk orang Malaysia yang dah biasa dengan cuaca panas. Sebelah malam, cuaca agak sejuk dengan berangin. 



Sampai di sana, Pak Rudy tour guide kami telah sedia menyambut kedatangan kami. Beliau boleh berbahasa Melayu Indonesia dengan baik dan sangat cepat mesra dengan group kami. Kami kemudian berjalan kaki untuk ke tempat bas. Perjalanan ke bandar Hanoi memakan masa 1 jam. 


Kami terus je dibawa ke tempat makan. Makan di restoran Batavia dengan lauk Indonesia seperti masak lemak tauhu dan ubi kentang, ayam goreng, begedil dan sayur sayuran. Sebab dah lapar agaknya, tauhu lemak dan ubi kentang terasa sangat sedap.  Kami kemudian solat di tingkat atas restoran. 



Dari sini, kami dibawa ke kota kuno untuk mengelilingi kota tersebut dengan buggy selama 30 minit. Di sini lah saya dan anak anak berjalan jalan dan shopping dahulu. Kami datang secara free and easy. Jadi kami berjalan mengelilingi tasik yang agak luas juga. Bila penat naik beca untuk balik ke hotel. 


Dengan menaiki buggy kami dibawa mengelilingi kota Kuno yang memang sangat besar dan sangat sesak dengan begitu banyak motor. Pelbagai kedai yang menjual segala jenis barangan ada di sini. 




Selepas turun dari buggy dan bergambar seketika, kami kemudian dibawa untuk makan malam di restoran Singapore iaitu di D’Lions Restaurant.  




Makanan ala Thai dengan tomyam udang, ikan talapia goreng, ayam, sayur kacang goreng. Bila makan beramai ramai, lagi lah sedap. Lagi pula, makanan ala Thai memang kena dengan selera orang Malaysia.




Di sini kami meraikan Dato Wan Nazari dan Datin Ruzaini yang menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 35. Bila kami dah bersama sama, memang gamat dan meriah sekali. Nasib baik hanya group kami sahaja di tingkat atas. 




Kami kemudian di bawa ke hotel untuk check in. Hotel kecil sahaja iaitu Anise Hotel. Saya sebenarnya tidak kisah sangat bab hotel, asal tidak teruk sangat OK lah. Maklumlah pukul 7.30 pagi dah keluar dan balik pula dah pukul 9.30 hingga 10.00 malam. Bilik kami 601 memang sangat besar. Selepas solat, saya terus berehat kerana keesokannya kami akan check out. Setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri seterusnya. Salam sayang buat semua. 


Catat Ulasan for "Hanoi Kami Datang Lagi "