Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hanoi Gua Bong Thien Cung



Alhamdulillah saya menyambung lagi catatan perjalanan kami dari bandar Hanoi ke bandar Ha long pula. Boleh klik entri lama kami semasa menaiki cruise di SINI. Entri sebelum ini boleh klik di di SINI.

Cruise akan memberhentikan kami di sebuah tempat untuk aktiviti mendaki gunung untuk ke gua yang dikenali dengan nama jolokan sebagai Gua Dari Syurga.

Gua ini ditemui oleh seorang nelayan ketika mencari perlindungan dari ribut taufan pada tahun 1993. Telah diisytihar sebagai tapak warisan UNESCO dalam tahun 1994. 

Masih kekal seperti keadaan asal, cuma ianya telah dipasang dengan lantai marble dan tangga untuk memudahkan pergerakan pengunjung. 


Serious semua tempat di sini cantik untuk bergambar. Gabungan bukit hijau berbatu batan dengan air laut kehijuan bak zamrud itu memang sangat cantik. Rugi kalau ke sini tak mengambil gambar banyak banyak. Kalau group kami ni, memang terkenal sporting. Hala jer kamera, pasti semua siap berposing. Tak perlu nak dipanggil panggil masuk. 



Kami berjalan menaiki anak tangga dengan perlahan perlahan kerana ianya agak banyak anak tangga yang perlu didaki. Tercungap cungap juga terutama untuk orang yang tidak berapa aktif macam saya. Tapi aktiviti dibuat secara beramai ramai, kepenatan tidaklah berapa terasa. Bila penat, berhenti posing sekejap sambil ambil nafas baru. Hahaha.



Perhentian pertama kami ialah di tempat di mana terdapat papan tanda besar Dong Thien Cung. Kami berhenti bergambar di sini sambil menyimpan tenaga untuk menaiki ke anak anak tangga berikutnya. Ketika saya datang tahun 2007 pun, rasanya saya dah rasa penat. Apalagi selepas 17 tahun berikutnya. 


Kita kemudian akan menuruni anak tangga untuk ke tengah tengah gua. Ketika ini, hampir tiada pengunjung lain. Hanya kumpulan kami sahaja. Jadi tiada masalah untuk bergambar dengan latarbelakang batu batu gua yang unik dan cantik. 




Kami bergambar kumpulan di sini walaupun tidak lengkap kerana ada yang masih menikmati batu batan di belakang dan ada yang telah berjalan ke hadapan. 


Alhamdulillah setelah beberapa ketika berada di dalam gua, kami mulai menaiki anak tangga untuk keluar. Ada tempat menjual souvineer di sini. 




Setelah selesai membeli barangan cenderahati, kami mulai menuruni anak tangga. Sambil sambil itu, saya mencari pintu di mana saya dan anak anak bergambar pada tahun 2007 dahulu. Sayangnya sampai keluar, tak ditemui mungkin kerana telah dibuat penambahan kedai sebelum pengunjung keluar dari kawasan tersebut. 


Jambatan laluan pejalan kaki ini juga rasanya juga baru dibina. Dulu rasanya selepas keluar gua, berjalan sedikit dah naik semula ke cruise. 

Kami bergambar beranai ramai di atas cruise sebelum cruise memulakan pelayaran mengelilingi pulau pulau dan seterusnya menurunkan kami di tempat untuk bersampan. 



Setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri akan datang. Boleh klik di SINI. Salam sayang buat semua. 



Catat Ulasan for "Hanoi Gua Bong Thien Cung"