Hanoi Day 2 Makan Malam Di Bandar Ha Long
Alhamdulillah saya menyambung lagi catatan perjalanan kami dari bandar Hanoi ke bandar Ha Long pula. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya tau. Terima kasih atas kerjasama anda semua. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Dalam perjalanan ke Ha Long, tak semena mena bas berbunyi sehingga pemandu memberhentikan bas di tepi jalan untuk membuat pemeriksaan. Setelah disahkan bas mengalami masalah bateri, pihak agen telah menghantar bas baru. Sementara menunggu, dalam kepanasan tak ada air cond, kami semua boleh tertidur kepenatan.
Alhamdulillah kerana diganti dengan bas baru yang lebih baik. Ada charger untuk kita charge handphone sepanjang di dalam bas. Haa tak risau masalah kehabisan bateri handphone.
Kami tiba di bandar Ha Long dan dibawa ke Restoran Mumbai Masala untuk makan malam. Restoran makanan seperti seafood ala Thai walaupun namanya macam makanan Indian. Dekorasi di luar restoran, sekali pandang seperti ala ala dekorasi restoran di Morocco.
Selepas makan, ada pula teh tarik. Walaupun menggunakan teh 3 in 1 tapi sedap lah juga. Bolehlah untuk melepas rindu dan ketagih pada teh tarik di Malaysia. Kami ditanya kalau selepas makan malam, mahu ke night market di Ha Long. Tapi seperti biasalah, kami tak mahu. Lagipun badan dah kepenatan.
Selepas makan, kami dibawa check in di Mithrin Halong Hotel. Oleh kerana dah hampir perayaan Tahun Baru Cina, hotel pun tidak ramai orang. Hanya beberapa tingkat sahaja yang bercahaya menunjukkan adanya penghuni.
OK setakat ini dahulu, nantikan sambungannya di entri akan datang. Boleh klik di SINI. Salam sayang buat semua...
Catat Ulasan for "Hanoi Day 2 Makan Malam Di Bandar Ha Long"
Add your comment