Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Merah Yang Mudah Dan Sedap



Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk update blog hari ini. Syukur. Jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya ya. Sebelum itu, saya ingin kongsikan petikan dari kuliah zoom oleh Al Fadhil Ustaz Mat Esa Deraman (Tokku Pasir Gudang) berkenaan Yang Jauh itu Waktu. Yang Dekat itu Mati.

Manusia akan lalui 2 penyesalan dalam hidup. Penyesalan pertama. Al munafikun ayat 10 lalu dia berkata (menyesali), “Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang saleh. Tak boleh ulang semula atas kerugian masa lalu, maksiat yang kita lakukan. Ketika datang kematian, mereka akan menyesal. Hanya minta satu peluang kecil dari Allah.

Kedua, manusia menyesali masa lalu ketika hari kiamat surah Az Zumar ayat 58 ada yang berkata ketika melihat azab, ‘Sekiranya aku dapat kembali (ke dunia), tentu aku termasuk orang-orang yang berbuat baik.’dan surah Al An'am ayat 27, “Seandainya kami dikembalikan (ke dunia), tentu kami tidak akan mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman.”

Kita ada 3 masa iaitu masa lalu yang dah berlalu, masa sekarang dan esok yang belum pasti. Waktu lalu, kita dah tak boleh buat apa apa lagi, hanya kita bertaubat. Tak mungkin kembali pada waktu itu. Tapi Allah bagi peluang untuk kita bertaubat dengan sungguh sungguh. Rasulullah beristighfar sekurangnya 70 kali sehari. Nak harmoni masa silam, kita perlu bertaubat. Nak undur tak boleh. Mustahil. Allah bagi peluang. Waktu lalai, waktu kita banyak melepaskan peluang untuk membuat ketaatan. Allah tawarkan untuk kita bertaubat. Lalu taubat dan muhabsabh mudahan tidak berulang dan tidak jadi beban di akhirat. Mudahan kita tidak dihukum.

Masa sekarang adalah masa yang kita kena hargai. Lihat kepentingannya sungguh sungguh. Buat sebanyaknya kebaikan. Allah bersumpah dengan waktu, demi masa, demi waktu subuh demi matahari dan waktu dhuha. Demi malam dengan tirai kegelapan untuk kita manafaat malam untuk semua kebaikan. Rasulullah guna masa dengan begitu bermakna setiap hari. Bahagi 3 dengan Allah, bersama keluarga dan dengan dirinya untuk dimanafaatkan. Untuk dirinya, dibahagikan dengan diri sendiri dan masyarakat.

Setiap detik waktu, guna waktu untuk belajar dan kenal firnah dunia dan kenal watak sekelilingnya. Ilmu Islam begitu luas yang dibawa Rasul dan Nabi. Kita kenal Allah kenal dunia, kenal kawan, kenal musuh, kenal matlamat hidup kita, sasaran kita. Siapa yang Allah nak bagi kebaikan Allah bagi faham pasal agama. Allah tak terima orang cari selain dari Islam. Susun kebaikan yang diperintah Allah. Sungguh sungguh lakukan ketaatan dan beramal dan perbaiki diri kita dari kejahatan. Ada agenda penting untuk dipenuhi hari ini.

Masa sekarang dengan banyak menuntut ilmu, taat pada Allah, sifat mazmullah. Buat muhasabah diri lihat Sifat dengki kita tahap mana. Mula buang dengki. Baran kita tahap mana. Hina orang tahap mana. Lihat kejahatan ini. Jangan sibuk dengan kejahatan orang lain. Seolah kita jer baik. Dalam bab solat kurang kat mana. Cuba perbaiki.

Waktu esok belum sampai, bagaimana nak makmurkan hari esok ialah dengan menanam azam dan niat. Tak tahu dapat atau tak. Sentiasa berniat dengan niat dan azam yang baik. Dengan perancangan yang baik. Ada perkara besar yang akan saya lakukan esok. Yang beri manafaat pada agama. Suatu bersifat jariah dan berkekalan kebaikannya. Yang tinggalkan kesan yang besar. Menjadi azam para ulamak. Tak nak mati sehingga dapat karang kitab yang baik sebagai peninggalan.

Iman Ghazali sebut 6 pesanan. Apa yang paling dekat ialah kematian. Rasa macam lambat lagi mati. Nabi sentiasa menyuruh sahabat perbanyakkan mengingati kematian. Maksudnya benda tu dekat. Bukan secara jarak dekat tapi pasti berlaku. Paling pasti berlaku. Hidup atau tidak harus. Mati mesti mati. Tiada yg kekal di dunia ini. Ini yang jadikan kita nampak dekat kerana setiap bernyawa pasti merasai mati. Pasti kita alami. 

Allah cerita tentang manusia dihisab di akhirat satu pagi satu petang. Macam sekelip mata sahaja. Atau lebih cepat dari itu. Waktu tersedar dah berada dalam kubur, kita rasa sekejapnya hidup. Kita tertipu kerana rasa dunia lama dan kekal. Bila melihat kematian, kita rasa orang lain yang mati bukan kita yang mati. Kita lalai yang kita juga akan dikafankan, dikebumikan dan kita yang akan diusung. Kita rasa lambat lagi nak mati. Kamu pergi dulu, nanti kami akan menyusul. Rasul pesan supaya banyak ingat mati. Orang yang banyak ingat mati, mereka akan penuhi masa dengan ketaatan pada Allah.

Bila Nabi sentiasa ambil peluang kematian untuk bagi tazkirah di sisi kubur untuk ingat hati yang keras dan lalai supaya tahu kubur tempat semua manusia akan hadapi. Tempat kita akan bersendiri dan diadili dan dihakimi. Jadi kita rasa dekat mati. Mereka rasa hampir dengan mati. Kalau lupa kematian sehari sahaja, hati aku jadi keras. Hidup adalah perjalanan menuju kematian untuk sedia bekal untuk mati. Lihat mati dengan menyibukkan dengan segala kebaikan serta berlapang dada dengan manusia. Tak mahu ada hal dengan manusia lain, akan gugur hak mereka. Dia tahu siapa bertemu Allah dalam keadaan tiada masalah dengan makhluk akan capai tahap

Pertama, sifat berlapang dada. Kalau kita nak mati esok, kita nak bergaduh dg siapa? Kita pasti nak berdamai dengan semua. Kedua, sifat pemurah dan ketiga, berkongsi nasihat. Bermula agama itu dengan nasihat. Surah Al Asr, Demi Masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Nasihat dengan keikhlasan dengan jiwa yang tawadduk. Bila siapa suka bagi nasihat, dia punya rasa sayang. Suka menerima nasihat, setiap orang ada kelebihan. Allah ajar rasul bahawa setiap orang ada kelebihannya. Kongsi kelebihan untuk cari kebaikan. Jangan nak tonjol diri. Ingat mati kembalikan kita pada asas kehidupan, fitrah kita diciptakan. Dulu kita tak ada, sekarang kita ada. Melihat kematian begitu dekat. Surat kiamat 26-30 jangan kamu berperangai sedemikian iaitu sombong, takabur, cuai dari perintah Allah.

Bila tengok orang sakarat rasa dekatnya mati pada kita. Pastinya mati kerana sangat dekat kita. Ketika kamu melihat nyawa di halkum kamu perhati orang sakarat, malaikat cabut nyawa lebih hampir sedang kamu tak dapat melihat. Mata menjadi bulat seperti memandang sesuatu. Kita dekat dengan dia tapi dia tak nampak kita. Dia nampak malaikat.

Kalau kamu rasa kamu gagah, sila tangguh roh jangan bagi keluar. Kita akan hadapi nasib sama mengadap Allah bila tiba masa. Itulah hampir matinya kita. Lagi ingat mati, kita rasa kita akan mati sekarang. Wahai jiwa yang tenang pulanglah pada Tuhannu dengan rasa redha dan diredhai Allah. Mudah mudahan panggilan itu, kita akan dengar suatu hari. Redhai dan diredhai. OK setakat ini dahulu, jom masuk bab masakan


Saya memasak ayam masak merah kerana kekeringan idea. Biasanya kalau masak ayam masak merah, saya akan sediakan sekali nasi seperti nasi minyak atau nasi tomato. Tapi kali ini tak berapa rajin, masak nasi putih sahaja.

Sebenarnya ayam masak merah ni tak susah sangat pun untuk menyediakannya. Sama jer macam masakan lain cuma ditambahkan sos cili dan sos tomato. 

Kalau suka, boleh masukkan buah tomato, bawang Holland, susu cair dll. Semua ini dikira penambah sahaja. Tak letak pun tak apa. Dah cukup sedap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Ayam Masak Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ ekor ayam
Serbuk kunyit

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan lain:
Rempah 3 sekawan
1 batang serai - ketuk
1 helai daun pandan
3 sudu besar cili kering kisar
½ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
Gula perang secukupnya
1 kiub pasti ayam
Garam
Kismis

Cara cara:
Panaskan minyak, masukkan serbuk kunyit dan masukkan ayam. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 

Keluarkan sedikit minyak dan tumis serai, daun pandan dan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah 3 sekawan dan cili kering kisar. Tumis sehingga benar benar masak dan terbit minyak. Masukkan air berulang kali dan keringkan sehingga terbit minyak.

Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata. 


Masukkan semua bahan perasa seperti garam, gula, kiub pati ayam. 

Setelah kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kismis. Kacau rata. Jika suka berkuah, boleh tambahkan sedikit air.



Sedia diangkat dan dihidangkan.



1 ulasan for "Ayam Masak Merah Yang Mudah Dan Sedap"