Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Aktiviti Malam di Kota Kuno



Alhamdulillah kita bersiaran lagi. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Setelah semua naik ke daratan, kami dibawa ke restoran Curry King untuk makan tengahari dengan masakan Indian seperti roti capati yang dicicah dengan kuah dhall, kuah kari dan lain lain. Kentang goreng pun rasa sedap. Lagi lagi bila dah lapar. 




Pada saya, makanan  di sini sangat sedap dan kena dengan selera orang Malaysia tapi sangat pedas. Kalau perut tak tahan, memang boleh bawa masalah perut. 



Kami kemudian bertolak balik ke Hanoi. Kami memutuskan untuk balik solat di hotel sahaja. Pukul 5.10 kami turun dan bergerak untuk di bawa ke Kota Kuno untuk shopping. 




Saya tak shopping pun, sementara menunggu orang lain shopping kami hanya bergambar di tepi tasik dengan jambatan bercahaya lampu merah. 

Selepas itu, kami sekali lagi dibawa ke Restoran Batavia untuk makan malam. Kali ini dihidangkan dengan sup Vietnam yang sangat femes juga di Malaysia. Rasa saya, sup di The Curve lagi sedap dan pelbagai daging yang boleh dipilih. 






Sehingga di sini dahulu, nantikan sambungannya di entri akan datang. Salam sayang buat semua….


Catat Ulasan for "Aktiviti Malam di Kota Kuno"