Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Telur Dadar Rangup


Assalamualaikum, kita bertemu lagi. Haa dah klik iklan kat atas tu ke belum. Kalau belum, bolehlah sumbangkan satu klik. Terima kasih atas kerjasama anda semua. Saya sangat sangat bersyukur setelah 3 hari mengalami sakit mata secara tiba tiba, hari Sabtu telah mulai sembuh. Pagi cuti Hari Thaipusam, saya dapati mata kiri saya merah dan sedikit pedih. Kemudian saya memberitahu Nana. Dia tanya adakah kena gigitan semut dsb. Jadi dititis ubat dan saya mula berehat. Bila terjaga dari nap, saya dapati mata saya mulai bengkak dan bertahi serta berair yang banyak.

Ketika itu, semua anak anak keluar atas urusan masing masing. Sebelah petang bila Hubby melihat mata saya bengkak dan saya memberitahu sangat pedih, dia mencadangkan saya ke hospital. Itu pun saya telah meletakkan ketulan ais untuk mengurangkan bengkak. Nana bertanya kalau tak sempat tunggu esok, pergilah malam ni kebetulan memang dia On Call. Jadi selepas Maghrib, kami bertolak ke Hospital UiTM di Puncak Alam. Setelah dibuat pemeriksaan, Nana memberikan ubat antibiotik. Katanya ubat ini bagus dan biasanya diberikan oleh doktor pakar mata di hospital swasta. Tiada di hospital kerajaan. Ubat perlu digunakan setiap 4 jam. Saya mengunci jam pukul 3.00 untuk bangun menitiskan ubat. 

Pagi pagi esoknya saya melihat mata kanan saya telah mula berjangkit. Saya titiskan ubat sekali. Alhamdulillah pagi Sabtu telah mula tiada bengkak dan hanya sedikit sahaja kemerahan. Hari Ahad telah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah risau juga kalau boleh mengambil masa sehingga 2 minggu untuk pulih sepenuhnya. Maklum saya akan bercuti bersama kawan kawan pada awal bulan Februari. 

Cuma nasihat saya, kita semua kena membuat pemeriksaan mata secara berkala walaupun tiada menpunyai  masalah mata yang ketara kerana selain katarak, mata juga biasanya ada masalah retina dan juga kornea. Lebih lebih lagi orang berumur yang menpunyai masalah kencing manis bagi memastikan tiada kencing manis pada mata.

Saya sejak berpuluh tahun dulu, memang membuat pemeriksaan setiap tahun di Klinik Optimax Taman Tun Dr Ismail. Cuma setelah anak saya sendiri telah menjadi doktor pakar mata, saya membuat pemeriksaan di hospital UiTM sahaja.  Haa jaga kesihatan mata sendiri tau supaya kita boleh senang untuk mengaji Al Quran, membaca dsb. 


Masuk bab masakan, saya memang suka makan telur dadar kalau ke restoran makanan laut. Mesti nak order lauk ni. Selain tidak mahal, lauk ini sebagai pelengkap lauk lain yang biasanya lebih mahal. 

Saya meminta menantu saya, Mia menunjuk ajar pada pembantu rumah kami untuk menyediakan telur dadar garing ini. Dulu dah ajar pada pembantu rumah kami yang lama. 

Lauk ini walaupun tersangat simple bahan dan cara penyediaannya, saya memang suka. Sedap meratah bahagian telur yang rangup krup krap krup krap tu. Makan dengan nasi putih, dengan mee hoon goreng pun sedap. Lagi sedap bila dimakan dengan rendang ayam Nenek yang terpaling sedap tu. Boleh klik di SINI.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....


Telur Dadar Rangup
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 biji telur
1 sudu besar tepung beras
Garam secukupnya
Air secukupnya

Cara cara:
Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk bersesuaian. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga agak agak tepung beras menjadi sebati dan tidak berketul. 

Setelah itu, baru pecahkan telur. Kacau tinggi tinggi sehingga telur kelihatan kembang dan berbuih.



Panaskan minyak yang agak banyak sehingga benar benar panas. Titiskan sedikit telur untuk test kalau minyak telah cukup panas.

Tuang telur dari paras tinggi secara rata rata supaya telur tidak tebal hanya di satu tempat sahaja.


Setelah garing, terbalikkan. Bila dah garing di kedua dua belah, bolehlah angkat dan tos.






Catat Ulasan for "Telur Dadar Rangup"