Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Nenek Yang Terpaling Sedap



Assalamualaikum, sebelum membaca seterusnya, jangan lupa klik iklan di blog saya dulu ya. Terima kasih atas kerjasama semua. Mungkin ada antara pembaca blog saya ada terbaca yang saya ada membuat pengambilan jemaah untuk mengerjakan Haji pada tahun ini. Insya Allah. Doakan semoga semua urusan kami dan jemaah kami berjalan dengan lancar dan mereka kembali dengan mendapat Haji yang mabrur. 

Sementara saya dalam topik ini, saya ingin kongsikan sedikit catatan yang saya buat dari kuliah Ustaz Jafri Mahmood berkenaan dengan amalan yang dibuat semasa di Tanah Suci, tak kira lah untuk mengerjakan umrah atau pun mengerjakan Haji. Telah bertahun tahun catatan ini menjadi rujukan saya terutama setiap kali saya ke tanah suci. 

Jadual Ibadah harian ketika di Tanah Suci yang disyorkan oleh Ustaz Jafri memandangkan 1 rakaat solat di Masjidil Haram sama dengan 100,000 kali ganda. Rugi kalau tak tidak maksimunkan ibadah semasa di sana.

Persediaan:
1. Fizikal. Akan banyak guna tenaga untuk melakukan tawaf dan saie. Sebelum pergi, mulalah melakukan sedikit exercise seperti jogging. Takut sakit bila sampai di sana, terutama kekejangan.

2. Amalan. Hendaklah maksimunkan amalan di sana. Amalan yang dah lekat. Kena mula dari sekarang supaya ianya lekat di sana seperti mula membaca Al Quran dan solat tahajjud.

3. Ekonomi. Tujuan adalah untuk bersedekah pada jemaah di sana. Boleh beri pada Jemaah miskin yang duduk di tepi tepi masjid. Niat bawa duit untuk bersedekah. Satu satu yang Allah jamin pahala segera adalah sedekah. Di dunia lagi kita dah dapat. Bayangkan satu sedekah, kita boleh dapat sehingga 70 juta pahala, iaitu 1x700x100,000.

4. Ilmu. Supaya bila sampai sana, dah siap sedia dengan apa amalan yang kita nak buat. Amalan harian apa yang nak dibuat.

• Sunat tahajjud minima 2 rakaat. Mereka yang melakukan solat tahajjud, wajahnya diberi nur. Ianya adalah amalan para Nabi dan orang orang Soleh. Nak jadi orang baik, lakukan tahajjud. Apa sahaja kita nak dari dunia hingga akhirat, penyelesaiannya adalah dengan solat tahajjud. Bangun waktu  akhir malam iaitu waktu itu Allah sangat dekat, Allah nak dengar segala permintaan, Allah nak perkenan segala hajat, Allah nak ampun semua dosa. Kita ada banyak masalah. Masalah dengan anak yang tak nak solat, tak dengar cakap dsb. Perbanyakkan berdoa, Ya Allah, lindungi keluarga kami dari fitnah Ya Allah. Masalah duit tak cukup, masalah rumahtangga tak berkat. Anak sekarang tak suka tengok muka kita. Kenapa anak jadi macam tu? Mungkin kesilapan yang kita buat waktu kita jahil ketika kita sakitkan hati ibubapa kita dulu. Apa doa paling afdhal? Jawapannya ialah minta ampun. Dosa yang menyebabkan masalah menjadi banyak. Jadi kena minta ampun untuk padam dosa. Nak masuk syurga tanpa hisab, semua kena tahajjud. Setiap hari, mesti buat.

• Solat sunat taubat 2 rakaat sebab hendak Allah ampun dosa kita. Bayangkan semua dosa dosa yang telah kita lakukan dulu. Menangis dan menyesal. Tanda dosa masih ada pada kita, ialah bila kita susah nak melakukan perkara yang senang seperti membaca Al Quran atau melakukan solat sunat. Perbanyakkan baca doa Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Wallaahuakbar untuk padamkan dosa. Ianya akan menanggalkan dosa seperti tertanggal daun daun kering dari pokok. Baca sekurangnya 100x setiap hari. Allah tanam satu pohon dalam syurga.

• Lepas tu buat solat hajat. Sujud lama lama sikit. Dalam hati, niat segala apa yang dihajati. Lepas solat angkat tangan dan berdoa panjang panjang. Bila berdoa, buat seperti kita sedang sembang dengan Allah. Minta ampun dengan Allah. Kemudian minta ampun untuk kedua ibubapa, minta ampun untuk suami dan anak anak kita, rakan rakan serta guru guru.

• Solat sunat sebelum Subuh dan solat Subuh secara berjemaah. Baca La ilaha illah wahdahu la syarikalah. Lahul-Mulk walahul-Hamdu yuhyi wa yumiit. Wa huwa 'ala kulli syain Qadir sebanyak 10x untuk solat maghrib dan Subuh. Syarat tak bercakap apa apa lagi. Kaki masih dalam kedudukan dalam tahiyyat akhir. Ramai yang tak tahu bab ini. Selepas salam, ada yang bangun pindah tempat dsb. Selepas Subuh dan Maghrib, baca juga zikir Allahumma ajirna minannaar sebanyak 7x. Baca ayat Kursi selepas setiap solat fardhu, fadilat sangat besar kerana tiada yang halang masuk syurga, kecuali belum mati. Baca Al Quran pagi pagi. Waktu yang lebih berkat yang didoakan oleh Nabi. Selawat pada waktu pagi selepas Subuh 10x dan petang 10x selepas Asar.

• Solat Dhuha minima 2 rakaat. Siapa solat Dhuha 4 rakaat dan solat qabliah Zohor 4 rakaat, Allah akan bina rumah padanya di syurga.

• Solat sunat sebelum dan selepas Zohor. Sebelum 4 rakaat dan selepas 4 rakaat. Allah mengharam jasadnya masuk neraka.

• Solat sunat sebelum Asar kalau boleh 4 rakaat. Solat Asar berjemaah kerana waktu tukar shift Malaikat. Lepas solat Asar baca selawat 10x dan baca penghulu Istighfar. Siapa baca pagi, mati petang, untuknya syurga.

• Solat sunat sebelum Maghrib 2 rakaat.

• Solat Maghrib. Lepas solat baca zikir La ilaha illah wahdahu la syarikalah. Lahul-Mulk walahul-Hamdu yuhyi wa yumiit. Wa huwa 'ala kulli syain Qadir sebanyak 10 kali dan Allahumma ajirni 7 kali serta baca ayat Kursi. Pastikan kaki masih dalam kedudukan tahiyyat akhir. 

• Solat selepas Maghrib solat sunat awwabin 2 rakaat

• Solat sebelum Isyak, solat Isyak berjemaah dan solat 4 rakaat selepas Isyak.

• Solat witir 3 rakaat. Buat ringkas. Baca Fatihah sahaja kerana selepas solat Isyak, kita akan solat 7 rakaat iaitu 4 rakaat solat Badiah dan 3 rakaat solat witir. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. Sekarang kita masuk pula bab resipi. 


Dari dulu masa mula mula ber blog, saya suka belajar resipi orang tua tua yang telah menjadi resipi turun temurun. Resipi begini yang susah dicari. Pertama kerana zaman dulu tak ada socia media dan resipi hanya diperturunkan pada anak anak. Hanya anak anak dia jer yang pandai. 

Kedua, ramai orang tua yang dah tak ada dan anak anak tak sempat belajar sebab masa muda tak belajar. Haa saya banyak jatuh dalam kategori kedua. 

Arwah bonda memang hebat dalam bab masakan dan kuih muih tradisional Kelantan. Semua tak sempat belajar. Zaman dulu, kita hanya tolong kisar beras jer. Habis tu, terus tinggal dan pergi bermain. Tak tengok proses memasak seterusnya. 

Hari ini saya belajar resipi seorang nenek tua yang rasa dari Pahang kot kalau tengok loghat yang digunakan. Biasa lah resipi orang tua dulu tak guna blender. Bahan digunakan hanya ditumbuk kasar. 

Masa sedang dimasak memang terbau aroma rendang yang wangi. Dia beritahu biasanya rendang seperti ini dimasak pada hari raya jer. Rendang ini lebih sedap menggunakan daging. Tapi kalau guna daging, lama lah sikit nak bagi daging empuk. Santan menggunakan santan segar tapi saya ganti dengan santan kotak. 

Rasanya? Masya Allah first bite, saya dah rasa sedap sangat sehingga tak habis habis memuji sedap nyer rendang ni. Hahaha kan dah kata rendang orang tua tua dulu, memang sedap. Lagi lagi kalau guna bahan segar semuanya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...... 


Rendang Nenek Yang Terlajak Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Tumbuk:
1-2 inci halia
2 inci lengkuas
5 batang serai
2 biji bawang besar
2 sudu besar biji ketumbar

Bahan A:
Rempah 3 sekawan
4 sudu besar cili kering kisar
¾ ekor ayam
1 kotak santan kotak + air secukupnya

Bahan B:
2 keping asam keping
¼ keping gula Melaka/gula kabung
½ sudu besar garam kasar atau secukupnya
1-2 sudu besar kerisik
Serbuk perasa aji/serbuk pati ayam

Bahan C:
1 helai daun kunyit kunyit - hiris

Cara cara:
Panaskan minyak masak dan tumis rempah 3 sekawan dan bahan tumbuk sehingga naik bau.



Masukkan cili kisar. Kacau rata.


Masukkan ayam. Kacau rata. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.


Masukkan semua bahan B. Masak sehingga kuah kering yang disukai.

Akhir sekali, masukkan daun kunyit. Kacau rata dan boleh tutup api.




Nota:
Boleh juga guna daging untuk jadikan Rendang Daging.


Catat Ulasan for "Rendang Nenek Yang Terpaling Sedap"