Percutian Spain - Madrid Part 1
Selamat tahun baru 2024 kepada semua pembaca blog Azie Kitchen. Sekejap sahaja masa berlalu pantas, terasa macam baru sahaja lagi kita berada dalam tahun 2023. Begitu lah juga kita tidak menyedari hari demi hari, kita semakin meniti usia.
Alhamdulillah hari ini 1.1.2024, saya diberi kelapangan masa untuk menyambung catatan dan aktiviti percutian kami di Madrid. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Saya kena bahagikan kepada 2 bahagian kerana terlalu panjang. Banyak lawatan dan aktiviti yang kami lakukan sepanjang di Madrid.
Pagi pagi lagi kami bersarapan di restoran, yang bestnya restoran belum dibuka, kami dah menunggu di lobi hotel. Kalau dah hampir hampir penghujung percutian, kita mulalah keluarkan Maggi atau apa apa makanan supaya tak perlu untuk dibawa balik. Habiskan mana mana stok makanan yang ada.
Cuaca di Madrid agak sejuk dengan tiupan angin yang membuatkan ianya menjadi lagi sejuk. Saya terpaksa masuk ke bilik untuk mengambil mafla dan jacket yang lebih tebal. Mafla saya hari ini disediakan sendiri oleh Marisha, anak Mariam. Terima kasih Marisha atas hadiah yang sangat cantik ini untuk aunty.
Destinasi pertama kami selepas turun dari bas ialah untuk ke Royal Palace yang dikatakan menpunyai 3400 bilik. Masya Allah besarnya. Kami hanya bergambar di luar pagar sahaja.
Dari sini, kami berjalan untuk ke bandar Madrid. Semasa berjalan, ternampak pokok hiasan yang terletak di tengah tengah roundabout. Sangat cantik, ingatkan pokok plastik tapi rupanya pokok seperti bunga kubis yang segar. Serious cantik, rasa macam nak dikoyak koyak sebab kulit segar seperti daun kubis.
Kemudian kami berjalan ke The Plaza Mayor yang bermaksud Main Square dalam bahasa Inggeris yang terletak di tengah tengah bandar Madrid. Madrid adalah ibu negara Spain, rasanya semua orang tau kan. Ianya telah dibina pada zaman pemerintahan Philip III. Boleh tengok gambar di atas sekali dalam entri ini. Hanya beberapa blok bangunan sahaja, terletaknya satu lagi mercu tanda yang terkenal di Madrid iaitu Puerta del Sol.
Di sini jua tempat yang satu masa dulu sebagai tempat mesyuarat, tempat di mana pengumuman awam dilakukan dan juga tempat di mana sambutan perayaan diadakan. Selepas bergambar, kami kemudian bergerak ke Plaza de Cibeles.
Kami berjalan untuk ditunjukkan tempat di mana ada tanda Madrid iaitu patung Beruang Madrid yang ikonik di Puerta Del Sol. Di sini ramai yang beratur untuk bergambar, jadi kena menunggu giliran. Untuk mendapat gambar seperti di bawah ini, saya dan suami terpaksa ke sana sebanyak 3 kali.
Kami kemudian ditunjukkan tempat meetung point sebelum masing masing bebas untuk bergerak sendiri. Kami singgah minum dengan Haji Kamaruddin dan Dr Hamidah sebelum masing masing berpecah untuk berjalan mencari souvineer untuk anak anak.
OK setakat ini dahulu, nantikan sambungan catatan seterusnya di Madrid di entri akan datang. Boleh klik di SINI. Salam sayang buat semua... Selamat tahun baru 2024. Semoga tahun ini memberikan lebih kebahagiaan dunia dan akhirat buat anda semua....
Catat Ulasan for "Percutian Spain - Madrid Part 1 "
Add your comment