Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Spain - Madrid Dubai KLIA Part 6


Alhamdulillah, saya kini telah sampai pada entri terakhir percutian di Morocco dan Spain pada bulan November 2023 yang lalu. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Seperti yang saya tulis sebelum ini kami menginap di Hotel Monte Rozas, Madrid selama 2 malam. 


Pagi hari terakhir di Madrid, kami bersarapan dengan maggi lagi. Maggi ni sedap bila berada di perantauan. Hari hari sarapan dengan roti, scrambled egg pun jemu juga kan. Selepas sarapan, kami keluar bergambar di luar hotel. Ingat nak cari pokok yang daun warna cantik tapi tak jumpa yang berdekatan dengan hotel. Musim autumn daun akan berubah menjadi warna kuning dan merah yang cantik. 

Kemudian masuk bilik untuk menukar pakaian dan check out hotel pukul 9.30 pagi. Selepas bergambar kenangan di hadapan hotel, kami terus naik bas kerana perlu berada di terminal 4 Madrid airport sekurangnya 4 jam sebelum masa penerbangan kami pukul 2.30 petang. 


Selepas check in dan pemeriksaan keselamatan, kami naik train untuk ke main terminal. Memang besar airport ini, jadi kena pergi awal lah. Selepas shopping di duty free shop, kami minum di SOHO bersama Haji Kamaruddin dan Dr Aziz sementara menunggu masuk waktu solat. Zohor. Oleh kerana tiada prayer room yang berdekatan dengan pintu pelepasan kami, kami solat hanya di tepi kedai sahaja. Kemudian terus berjalan dan beratur di pintu pelepasan.

Kami tiba di Dubai International Aiport selepas 7 jam penerbangan. Keluar terus ke surau solat. Selesai solat, kami masuk untuk ke connection flight. 


Saya singgah dengan Dr Hamidah, Mariam dan Badariah ke butik Longchamp. Kemudian kami singgah di cafe di mana Hubby dan kawan kawan sedang minum di situ. Transit tidak lama, hanya selama 4 jam sahaja. Cukup untuk rehatkan kaki, solat dsb maklumlah airport ini sangat besar. Jadi untuk ke connection flight pun perlu berjalan agak jauh. 


Kami kemudian berjalan ke pintu untuk boarding. Masuk jer flight, apa lagi terus tidur. Kami sampai di KLIA pukul 2.30 petang. Selepas selesai ambil bag, kami bergambar beramai ramai sebelum bersurai. 

Dengan itu, selesailah percutian kami yang sangat best. Apa pun, saya masih tak boleh move on, selain percutian itu sendiri, juga detik bersama BFF adalah detik yang sentiasa menyeronokkan. Gambar gambar dengan latarbelakang yang cantik. Spain dan Morocco yang tidak pernah diimpikan untuk dijejaki selama ini. Alhamdulillah no regret. Thank you kakak @nanaain for for the support to Mama and Papa.

Percutian hampir 2 minggu ini meninggalkan kenangan sangat indah. Menjejaki tamaddun peninggalan pemerintahan Islam, terutama keindahan senibina Islam.

Banyak iktibar yang kita boleh pelajari bila mana kerajaan kecil Islam yang sering bertelagah dan mendapatkan bantuan tentera Kristian untuk menjatuhkan sesama sendiri, yang akhirnya kerajaan Islam lemah dan akhirnya jatuh. Bagaimana dengan keadaan sekeliling kita hari ini?

Boy dan Medina yang menunggu kami di airport kerana tidak boleh ramai disebabkan bag bag kami yang banyak. Boleh klik entri Part 1 percutian di SINI. Dengan ini selesai lah catatan percutian saya di Morocco dan Spain. Insya Allah saya akan menulis mengenai percutian kami seterusnya dalam bulan Februari 2024. 




Catat Ulasan for "Percutian Spain - Madrid Dubai KLIA Part 6"