Gulai Kuning Kelantan Ikan Jenahak
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Seperti biasa, jangan lupa klik iklan yang keluar di atas tau. Hari ini merata rata dalam media, menunjukkan Tun Daim Zainuddin yang uzur dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pendakwaan berhubung dengan kesalahan kerana tidak mengistiharkan harta yang dimiliki.
Saya sebenarnya tidak mahu mengulas apa apa berkenaan kes ini. Saya percaya setiap orang berhak menpunyai pendapat masing masing. Cuma sebanyak mana pun kekayaan yang kita ada, tidak dapat membeli kesihatan dan penuaan. Kita satu hari pernah muda, satu hari kelak, kita akan mengalami hari tua yang mungkin lebih teruk jika kita sakit.
Orang yang bijak adalah orang banyak mengingati kematian. Dalam apa jua tindakan, ingat pada Allah kerana selepas mati, adanya kehidupan dan hari pembalasan seperti mana di sebut dalam surah Yassin. Bayangkan berapa ramai manusia bersesak sesak di Padang Mahsyar dan keadaan masing masing bergantung pada amalan semasa hidup.
Air peluh separas hidung, matahari sejengkal di atas kepala, panas dan bersesak sesak. Bayangkan semua ini, dan timbulkan rasa ketakutan berada dalam suasana itu. Jangan menzalimi atau jangan mengkhianati sesama manusia. Supaya kita tidak menjadi orang yang muflis di akhirat kelak bila pahala terpaksa diberi pada orang lain dan terpaksa mengambil alih dosa mereka kerana tiada lagi pahala untuk dibayar sebagai gantirugi dosa sesama manusia. Cukup setakat ini dahulu, jom masuk bab masakan.
Saya kalau lauk Kelantan memang tak akan ikut resipi orang luar Kelantan kecuali mereka berkahwin dengan orang Kelantan dan belajar dengan mertua yang juga orang Kelantan. Bukan lah apa tapi kerana hanya lidah orang Kelantan yang tahu rasa masakan tu authentic Kelantan atau tidak.
Sebagai contohlah, ayam percik atau gulai ikan nasi berlauk, lidah orang Kelantan yang dah biasa makan jer tahu kalau ianya menjadi seperti masakan di Kelantan.
Memang susah nak cari di sini walaupun dimasak oleh orang Kelantan. Saya rasa pertama mereka tak belajar, kedua mereka nak skip bahan atau proses.
Jadi kalau nak makan masakan Kelantan kena balik Kelantan atau gigih memasak sendiri. Saya sendiri pun tak semua masakan Kelantan, saya buat menjadi. Contoh ikan singgang yang sangat mudah tu. Pejam mata pun boleh campak campak bahan tapi belum tentu rasanya sama. Ada bahan yang wajib dimasukkan dan bahan yang sunat sahaja dimasukkan. Haa gitu.
Hari ini saya masak gulai lemak kuning Kelantan. Namapak mudah tapi untuk sukatan yang tepat bagi rasanya tepat itu yang susah. Saya belajar dengan isteri sahabat saya yang belajar resipi turun temurun keluarganya.
Orang Kelantan majoriti bila masak ikan, akan direbus atau dilumur garam bagi memastikan isi ikan ada rasa masin. Saya dulu terkejut tengok Hubby lumur garam kunyit pada ikan dan terus digoreng. Masa tu saya sedang berpantang anak kedua di sini. Tak suka isi ikan macam tu jer walaupun ikan di sana segar segar.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua.....
Gulai Kuning Kelantan Ikan Jenahak
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ikan jenahak - saiz sederhana
1 kotak santan + air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit - opsyenal
½ sudu kecil garam
½ sudu besar gula
1-2 keping asam keping
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
½ sudu besar cili kering kisar (3 biji cili kering - 2 cili kurus dan 1 cili gemuk)
1-2 inci kunyit hidup
2 ibu jari lengkuas
Cara cara:
Masak bahan kisar, santan, asam keping, gula dan garam ke dalam periuk dan sambil dikacau rata.
Setelah hampir mendidih, masukkan ikan, timun dan cili solok. Sesuaikan rasa.
Nota:
Lumur ikan dengan sedikit garam sementara kita menyediakan bahan bahan lain. Ikan yang biasa digunakan ialah ikan kembung, ikan tenggiri. Sedap juga menggunakan ikan duri tapi perlu diperap dengan garam lebih lama.
Catat Ulasan for "Gulai Kuning Kelantan Ikan Jenahak"
Add your comment