Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam


Assalamualaikum, kita bertemu lagi. Haa sebelum tu, jangan lupa klik iklan di blog saya tau. Bagi sokongan untuk saya terus ber blog. Tidak seperti youtube, untuk dapat income dari iklan di blog, pembaca mesti klik iklan yang dipaparkan. 

Baru baru ini heboh dalam socia media bab hutang. Dikatakan seorang yang telah menjadi arwah, masih menpunyai hutang yang belum dilunaskan oleh si mati semasa hidup dan oleh pewarisnya selepas kematiannya. Takutnya kalau memikirkan orang yang mati dalam keadaan hutang masih ada kerana perkara ini telah disebut banyak dalam Al Quran dan hadis.  

Surah al-Baqarah ayat 282, menyatakan hutang perlu dilunaskan walaupun penghutang sudah meninggal dunia dengan hartanya sendiri sebelum dibahagikan sebagai pusaka kepada waris.

Dalam Surah Al Nisa ayat 12, Allah SWT berfirman: Dan bagimu (suami) satu perdua daripada harta ditinggalkan isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat harta ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) selepas dibayar hutangnya.

Bab hutang juga disebutkan dalam hadis Nabi iaitu Rasulullah SAW pernah bersabda: "Diampunkan semua dosa bagi orang mati terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia)." (HR Muslim).

Begitu juga hadis bermaksud: "Jiwa seorang Mukmin tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilangsaikan." (HR Tirmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi)

Teringat satu cerita di mana seorang kaya yang meninggal harta yang sangat banyak. Dikatakan geran tanah sahaja sebesar betis gulungannya. Tapi pewaris tidak menjelaskan hutang si mati dengan orang kampung. Hutang perniagaan yang belum sempat dilunaskan sebelum meninggal. Rasanya bukan berhutang kerana ketiadaan duit tapi hutang dalam bentuk urusniaga.

Hutang tetap hutang di mana menjadi tanggungjawab pewaris untuk melunaskannya dengan menggunakan harta pusaka sebelum harta pusaka dibahagikan kepada pewaris mengikut faraid. Walaupun 1 sen ianya tetap hutang yang akan menghalang amalan si mati. 

Pewaris mesti berusaha untuk menyelesaikannya dengan baik. kalau benar benar tak mampu, kena usaha supaya ianya dihalalkan. Tak boleh berdolak dalik kerana hutang tetap hutang. 

Itu sebab hutang mesti dicatatkan, lebih lebih lagi hutang dengan orang perseorangan. Berbeza dengan hutang berjadual seperti hutang atau pinjaman dengan bank atau kad kredit. Lebih mudah untuk dilunaskan. 

Saya memberitahu anak anak apa pinjaman atau bayaran yang masih tertunggak yang jika berlaku apa apa pada saya sebelum ianya diselesaikan, maka selesaikan lah dengan duit simpanan saya atau duit insurans saya. Kalau kita menpunyai hutang dengan individu yang tak mampu dijelaskan sekarang, juga kena beritahu pada anak anak. Jangan ego dan bodoh sombong semasa hidup kerana azab akan ditempuhi setelah meninggal amatlah dasyat. OK sekarang kita masuk pula bab resipi. 


Kuih cekodok pisang adalah kuih kegemaran cucu cucu saya Ammar dan Aliya Hajar. Ammar memang lah siap request lagi nak cekodok. Aliya pula boleh makan cekodok tak kira masa pagi, petang atau malam. Siap pergi NSK pun, di tangan masih ada cekodok pisang.

Saya suka menggunakan resipi ini kerana ianya akan menjadikan cekodok rangup di luar dan lembut di dalam. Memang sedap bila dikunyap krup krap bahagian yang garing di luar tu. Ada satu lagi resipi cekodok yang biasa saya gunakan, pun juga sedap. Boleh klik di SINI.

Sebab cucu cucu suka, kadang saya membancuh sampai 3-4 kali sehari. Saya banyak menggunakan pisang berangan walaupun boleh juga menggunakan pisang lain pun. Kalau guna pisang berangan, saya akan pilih yang sederhana besarnya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI selamat mencuba….

Cekodok Pisang

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:

4 biji pisang berangan - saiz sederhana

4 sudu besar gula pasir

1 cawan tepung gandum

½ sudu kecil baking soda

Sedikit garam


Cara cara:

Satukan semua bahan dan lenyek pisang sambil kacau rata. Biarkan seketika. Nota: jika suka, boleh biarkan pisang ada ketul ketul sedikit jadi bila makan, akan ada rasa isi pisang. Jangan dilenyek hancur kesemuanya. 



Panaskan minyak sehingga panas. Nota: pastikan minyak banyak dan boleh tenggelamkan cekodok ketika digoreng.


Goreng sehingga berwarna keperangan. Nota: kecilkan api ketika ini. Cekodok akan timbul bila masak.


Angkat dan tos atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan rangup di luar dan lembut di dalam. 



Nota:

Jika suka boleh tambahkan sedikit baking powder. Tapi saya tak berapa gemar cekodok yang menpunyai tekstur kembang seperti kek pisang pula.


Jika suka menjemput menggunakan jari, basuh jari dan jemput adunan. 



Catat Ulasan for "Cekodok Pisang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam "