Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Ikan Merah Versi Yang Diperbaharui


Alhamdulillah kerana kita sebagai manusia biasa, kita tidak tahu perancangan Allah untuk kita. Cuma kita perlu yakin setiap makhluknya dijanjikan rezeki masing masing ikut keperluan kita. Bukan ikut apa yang kita inginkan. Allah Maha. Mengetahui apa yang kita perlukan. Jalani hidup ini dengan yakin bahawa Allah yang Maha Berkuasa. 

Saya sangat gembira mendapat perkhabaran bahawa saudara saya telah berjaya membuat joint venture dengan muassasah di Arab Saudi untuk membawa masuk jemaah mengerjakan fardhu Haji tahun depan dengan visa mujamalah. 

Saya melihat kesungguhan mereka sejak dulu. Setahu saya sejak akhir tahun 1980an mereka telah membawa jemaah mengerjakan umrah secara kecil kecilan. Setiap tahun mereka akan ke Tanah Suci membawa jemaah atau untuk belajar mengaji dsb. 

Sekarang ini banyak kes syarikat baru yang tidak berpengalaman tapi membawa jemaah atas dasar perniagaan, akhirnya kecundang sehingga gagal melunaskan janji membawa jemaah umrah atau Haji walaupun duit telah diambil. Mereka terlalu 'ambitious' dan terlalu bermotifkan keuntungan. Tidak kenal orang orang Arab, tidak ada pengalaman luas berurusan dengan orang Arab dsb. Jadi berhati hati supaya kita tidak terkandas. 

Secara jujur, saya memang terasa sangat cemburu juga dengan peningkatan mereka ke jalan Allah berbanding saya yang masih di takuk lama. Lebih mengembirakan saya bila mereka menawarkan saya untuk berkolaborasi dengan mereka bagi menguruskan jemaah yang ingin mengerjakan umrah, umrah Ramadhan dan juga fardhu Haji tahun hadapan. 

Alhamdulillah, mana tahu kalau ianya asbab untuk Allah menjemput saya dan suami untuk mengerjakan Haji sekali lagi. Masa pergi Haji Disember 2006 dulu masih muda, masih kurang ilmunya. Saya bercita cita jika dapat pergi sekali lagi, sebelum dijemput mengadap Illahi, saya amat amatlah bersyukur. Aamiin. 

Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh email saya di email: haziahjaya@hotmail.com. Saya belum lagi pos di mana mana media social kerana tempat yang agak terhad. Malahan telah ramai yang telah bersetuju mengambil pakej ini. 


Sup ikan merah adalah antara lauk yang saya sukai dan saya suka memasaknya. Pertama kerana ianya sedap dan mudah disediakan. Kedua, kerana ianya digemari juga oleh anak anak. Malah cucu cucu saya pun suka makan sup ikan. 

Sup ikan merah adalah lauk yang sangat mudah dan cepat disediakan tapi kalau beli di kedai memang harganya mahal. Jadi untuk rasa lebih berbaloi, lebih berjimat, belilah ikan merah segar dan masak sendiri. Sekejap jer dah siap.

Resipi yang saya gunakan hari ini adalah berbeza dengan resipi saya memasak sup kepala ikan merah sebelum sebelum ini di SINI. Hahaha saja jer untuk mencari kelainan kerana dengan sedikit kelainan yang kita buat, hasilnya juga berbeza. Jadi ibu ibu sekali sekala tukar cara kita memasak, supaya rasa masakan kita juga berbeza.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Sup Ikan Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan merah
1 sup bunjut ikan
1 biji buah tomato
Daun sup
Bawang goreng
Garam

Bahan tumbuk:
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1-2 inci halia
1 sudu besar lada hitam

Cara cara:
Basuh ikan bersih bersih dan rendam dengan asam jawa. Biarkan seketika. Basuh dan tos. Ketepikan. 

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan sup bunjut sehingga naik bau. 

Masukkan air secukupnya. Setelah mendidih, masukkan ikan. 

Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. 

Akhir sekali, tabur daun sup dan bawang goreng, jika suka. Sedia untuk dinikmati. 




Catat Ulasan for "Sup Ikan Merah Versi Yang Diperbaharui "