Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Spain - Seville Part 5


 
Alhamdulillah hari ini saya akan menyambung kembali icatatan percutian kami di Spain sementara ianya masih segar dalam ingatan. Hari ini kami dibawa ke Seville.  Boleh klik entri sebelum ini di SINI

Pagi pagi kami berkumpul untuk bersarapan di cafe hotel dan juga untuk meraikan harijadi Tuan Haji Kamaruddin Mokhtar. Ini lah kek yang Hubby keluar cari dengan Mohammed malam tadi. 



Selepas selesai sarapan, kami terus naik ke bilik untuk membawa turun bag ke lobi. Hampir kena tinggal dengan van. Janji pukul 8.15 van akan bawa bag ke bas. Tapi belum pun 8.15, van dah mula bergerak. Kami semua kena berjalan keluar untuk ke bas. 




Sepanjang di Spain, saya memerhatikan banyak sekali pokok limau yang ditanam di kaki kaki lima. Buah yang masak kekuningan di atas pokok. Tak ada pulak kelihatan buah yang jatuh bergelimpangan di bawah. Ada sebiji dua yang tidak pun mengotorkan jalan. Mungkin mereka telah membersihkan awal pagi. 

Setiap kali nampak pokok yang rendah, saya memang teruja untuk bergambar sambil memegang buah limau. Hahaha dah lama nak pergi apple picking, tak dapat sampai sekarang, jadi pegang buah limau pun kira OK lah kan.  


Terus naik bas ke Seville yang mengambil masa 2 jam perjalanan. Di Seville, berjalan ke Al Cazar. Bila nampak train, Mohammed cepat cepat menyuruh kami bergambar. 


Masuk sahaja kawasan Al Cazar, kelihatan ramai orang berbaris panjang untuk masuk ke istana. Kami tak masuk dalam istana Alcazar, hanya di bawa berjalan jalan sekitar kawasan tersebut yang menpunyai banyak kedai souvineer dan juga cafe cafe. 


Memang cantik persekitaran di sini. Salah satu peninggalan umat muslim di sini ialah Istana Alcazar, atau biasanya disebut Real Alcazar. Alcazar bererti benteng. Kata ini berasal dari Bahasa Arab yaitu alqasr yang bererti benteng atau istana. Pada awalnya, Istana Alcazar merupakan benteng pertahanan yang dibangun oleh Bangsa Moor di abad ke-10 pada masa pemerintahan Abdurrahman III. Istana tersebut kemudian berganti nama menjadi Al Muwarak setelah dijadikan sebagai kompleks tempat tinggal raja pada era Dinasti Muwahiddun. 

Pada abad ke-14, satu gempa terjadi di Seville. Setelah terjadi bencana tersebut, pemerintah Kastalia ketika itu telah membina istana bergaya Mudejar di area Al Muwarak. Nama Al Muwarak akhirnya bertukar menjadi Alcazar yang diambil dari Bahasa Arab. 

Sejak itu, Alcazar menjadi istana kediaman keluarga Diraja Sepanyol. Sehingga kini, bangunan tersebut masih digunakan terutama ketika keluarga Diraja Sepanyol berkunjung ke Seville. Tembok yang di sebelah kanan kami dalam gambar di bawah ialah tembok istana.


Selepas Mohammed menunjukkan bangunan dan taman taman di sekitar istana, kami kemudian dibawa berkumpul di meet point. Selepas bergambar beramai ramai di sini, kami diberi masa bebas untuk bergerak secara sendiri. Ada yang menaiki kereta kuda, ada yang berjalan jalan mencari souvineer. 


Saya dan suami hanya bergambar bersama Mariam sebelum kami singgah minum di cafe berhampiran meet point. Pukul 1 kami diminta berkumpul di meet point.


Dari Alcazar kami dibawa berjalan kaki ke tempat berikutnya. Ingatkan dekat, rupanya agak jauh. Malahan kawan kawan yang naik kereta kuda memberitahu, kereta kuda yang mereka naiki, ada. melalui kawasan yang sama. 

Sesampai di gereja Espana, kami dan beberapa orang kawan tak nak masuk kerana keletihan. Kami hanya menunggu di depan bangunan gereja sahaja. Tapi kemudian Mohammed, tour guide kami datang memujuk meminta kami masuk hatta selama 2 minit sahaja untuk bergambar kerana katanya tempat yang cantik untuk bergambar. 



Dari situ, kami melintas jalan dan terus menaiki bas untuk makan  tengahari di Restoran Kenzo Soltan. Makan tengahari kami kali ini sangat besar portionnya, memang tak habis. Sedap sebenarnya tapi bila di sana, semua rasa macam jemu makan makanan yang sama. 





Oleh kerana masjid agak jauh dari restoran dan kami pula perlu berada di train station awal, jadi kami hanya bersolat di restoran di tempat di mana diletakkan dinding yang memuatkan 2 orang sekali masuk. 

Selepas solat, kami terus di bawa ke station keretapi di Seville untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu Madrid. OK setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri seterusnya di SINI...


Catat Ulasan for "Percutian Spain - Seville Part 5"