Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Spain - Keretapi laju dari Seville ke Madrid


Alhamdulillah saya akan menyambung lagi catatan percutian Morocco Spain yang dah tertangguh sebelum ini. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Haa jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya tau. Kerjasama anda diucapkan jutaan terima kasih. 

Selepas selesai makan tengahari dan solat, kami naik bas dan terus ke station train. Kami sampai agak awal kerana tidak mahu tergesa gesa. Pukul 5.10 petang, baru platform kami dibuka dan ditunjukkan. Ramai pulak orang beratur untuk ke platform yang sama. 

Hahaha berlaku kejadian yang agak memenatkan kerana sebaik maklumat platform dibuka, kami terus beratur masuk tapi kerana orang terlalu ramai menjadikan masa diambil agak lama untuk pemeriksaan dokumen. Dah turun escalator ada lagi pula scan bag. 

Kebetulan kami tidak diberitahu coach berapa, tempat duduk kami dsb walaupun berulang kali saya bertanya. Yang kami tahu hanya platform 5 sahaja. Kami berlari lari menuju ke coach 5 sebaik diberitahu coach 5. Hanya kemudian baru diberitahu coach 5 dan 6. Aduhai bila semua menuju ke Coach 5, pastinya masalah untuk memuatkan bag kami semua yang banyak untuk satu coach. 

Selain itu, kami tak tahu tempat duduk, yang mana nampak kosong, kamu duduk jer dahulu. Nasib baik, seat yang kami duduk adalah betul seat untuk group kami walaupun coach salah. Saya dan suami sepatutnya di coach 6. Sebaik kami masuk ke coach, keretapi mulai bergerak. 

Alhamdulillah sampai di Madrid dah malam. Keretapi mengambil masa selama 2 jam dari Seville, melalui Cordoba sebelum tiba di Madrid.


Pastinya kenangan ini tidak dapat dilupakan sampai bila bila. Kami berlari lari seperti anak anak sekolah. Hahaha. Kami saling bantu membantu. Sebelum keretapi berhenti, geng lelaki telah berkumpul di kawasan luggage. Sebaik berhenti, ada yang turun menyambut bag dari bawah dan ada yang menghulurkan bag dari atas. Jadi cepat urusannya. 



Dari station keretapi, kami terus dibawa dengan bas untuk makan malam di Restoran Wonderful Indonesia. Haa setelah sekian lama, dapat lah makan masakan Indonesia yang hampir sama dengan masakan Melayu. 

Memang lah makan menambah nambah terutama bila dapat hirup sup sayuran yang panas panas. Lauk Indonesia seperti sup sayur, telur dadar, ayam goreng celup tepung dan kerabu taugeh. 



Selepas makan, saya dan Dr Salita sempat bergambar di lobi restoran sebagai kenangan. Cantik dekorasinya. Pekerjanya ramai dari Indonesia kot sebab mereka bercakap bahasa Indonesia.


Kemudian kami dibawa ke Hotel Monte Rozas untuk check in di mana kami menginap di sini selama 2 malam. Hotel terakhir kami di Spain. OK setakat ini dahulu, nantikan lawatan kami di Madrid dalam entri berikutnya. Boleh klik di SINI.

Catat Ulasan for "Percutian Spain - Keretapi laju dari Seville ke Madrid"