Percutian Spain - Granada Part 1
Alhamdulillah kali ini saya akan menyambung percutian dengan aktiviti di bumi Spain pula. Siapa yang dah baca entri sebelum ini berkenaan aktiviti aktiviti kami semasa di Moroccco? Kalau belum, boleh klik entri sebelum ini di SINI. Seronok naik feri beramai ramai ni tau.
Keluar dari feri di Tarifa, kami berjalan untuk melalui pemeriksaan imigresen mereka. Bag juga di scan di sini. Keluar dari terminal, tour leader baru kami di Spain, Mohammed telah pun sedia menunggu. Semasa berjalan ke bas, baru saya perasan langit di Spain sangat cantik dengan warna biru tak ada awan langsung.
Kami naik bas dari Tarifa pukul 1.00 tengah hari dan dibawa terus ke masjid untuk solat Zohor dan Asar. Masjid ini besar dan selesa kerana ada tandas dan tempat mengambil wudhu berasingan untuk wanita di depan bilik tempat solat.
Selesai solat, kami berjalan kaki melalui gerai gerai ala ala pasar malam di tempat kita yang menjual pelbagai makanan, sayuran dan buah buahan. Kami berjalan menuju restoran untuk makan tengahari.
Kami makan di Restoran Asador yang besar dan selesa. Sedap sangat makan kebab daging dan baked potatoes di sini. Tidak ketinggalan ialah roti yang bila dah balik Malaysia, baru teringat ingat. Pisang yang diberi untuk pencuci mulut juga sangat besar dan manis. Bila nampak semua orang tak makan pisang, Mohammed menyuruh kami semua ambil pisang untuk dimakan dalam bas atau bila bila masa sahaja. Selepas makan kami dibawa ke Granada.
Kami kemudian dibawa untuk melihat beberapa bangunan bersejarah seperti masjid di sekitar Granada. Tapi kami tak turun pun kerana keletihan. Hahaha gambar pun tak ambil sebenarnya.
Di sebelah petang, kami dibawa untuk makan malam di Restaurant El Taj Halal. Sedap juga makan di sini walaupun tengah keletihan dan hari dah malam pula. Biasanya selera makan di sebelah malam agak kurang bila badan keletihan. Selepas makan, berjalan kaki ke tempat di mana kami diturunkan.
Kami kemudian dibawa ke Hotel Urban Dreams di mana kami akan menginap di sini selama 2 malam. Yang paling tidak boleh dilupakan di hotel ini ialah bilik tempat mandi dan bilik untuk tandas dibuat berasingan dengan dinding kaca yang "see through''.
Bilik mandinya amatlah kecil. Kami saling mengusik antara satu sama lain kerana yang pasti siapa yang berbadan besar, memang tak boleh nak pusingkan badan di dalamnya. Setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri seterusnya di SINI.
Catat Ulasan for "Percutian Spain - Granada Part 1"
Add your comment