Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Morocco - Tangiers Part 8



Alhamdulillah, kita bersua lagi. Kali ini saya akan menyambung aktiviti kami di Tangiers. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Sesampai di Tangiers, kami dibawa singgah di tepi lautan Mediterranean yang mengadap ke Spain. Ternyata Spain sangat dekat sahaja dengan Morocco dari sini. Kita boleh nampak Spain dari sini. Seperti biasa, tidak lupa untuk mengambil group photo. 



Dari situ, kami dibawa pula ke tempat yang letaknya rumah api. Setelah bergambar di sini, kami naik bas untuk ke hotel. 




Tapi ramai membuat permintaan untuk singgah membeli souvineers dari Morocco memandangkan di Spain akan menggunakan matawang Euro, tidak lagi Dinar Dirham.  



Kami kena berjalan agak jauh menuruni jalan untuk sampai ke kawasan kedai kedai yang menjual pelbagai barangan dan cendermata. Kami yang tak mahu membeli apa apa, memilih untuk duduk minum di cafe tapi kemudian tour guide mencadangkan kami ke Nice View restaurant. 


Kami tersalah faham, ingatkan restoran itu menpunyai view yang cantik. Lagi pulak, katanya mereka tidak akan berpatah balik ke sini. Jadi kami berpindah ke sana. Boleh tahan kesejukan sementara menunggu kawan kawan selesai bershopping.

Kemudian kami berjalan kaki untuk ke bas sambil melalui hotel hotel besar yang bercahayakan lampu yang berkemilauan. Di sebelah kanan kami ialah tempat kami akan menaiki feri pukul 11 pagi keesokannya.

Kami kemudian di bawa untuk makan malam di sebuah Chinese Restaurant dengan hidangan masakan Cina. Setelah beberapa hari makan makanan Morocco, rasa nak makan makanan yang hampir dengan selera Malaysia. Maka masakan China lah yang dah biasa dengan orang Malaysia.



Selepas makan, kami dibawa untuk check in hotel. Hotel kami ialah Etoile du Nord yang walaupun kecil cukup selesa dengan kemudahan lift. Sehingga di sini dulu, nantikan sambungannya di entri akan datang di SINI. Salam sayang buat semua.....


Catat Ulasan for "Percutian Morocco - Tangiers Part 8"