Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Morocco - Shopping Di Medina Of Fez Part 5



Alhamdulillah kita bertemu lagi dan hari ini saya akan menyambung tempat shopping di Medina of Fez. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Sepanjang berada di Morocco, rasanya Fez lah tempat shopping yang menpunyai segalanya jika anda meminati barangan dari Morocco seperti barangan kulit, fabrik, tembaga, tembikar dan pelbagai lagi.

Di dalam bangunan market of Fez atau dipanggil juga souk of Fez, memang terdapat pelbagai kedai yang menjual pelbagai barangan dari Morocco. 

Di sini ada banyak lorong yang boleh membuatkan kita tersesat. Jadi kena ikut kumpulan, tak boleh sendiri sendiri terpisah. Berulang kali tour guide kami berpesan. Ada 9200 lorong sempit yang hampir sama.


Lagi lagi kalau kita yang tidak pandai membaca bahasa mereka. Cuma yang untungnya sekarang ada whatsapp kan. Jadi kalau tersesat, snap gambar dan hantar lah pada tour leader. Tak perlu lah tunggu seminggu seperti yang di usik oleh tour guide kami. 

Tempat pertama yang dituju ialah Chouara Tannery iaitu tempat pemprosesan kulit tradisional yang tertua. Diusaha secara tradisional dengan kulit direndam dengan batu kapur dan juga tahi burung merpati. Baunya sangat busuk, jadi kita diberikan daun pudina untuk kita hidu bagi mengurangkan bau busuk. 

Kulit akan diwarnakan dengan serbuk pewarna asli yang terdiri dari saffroon, jasmin dan juga mint. Hasilnya ialah kulit yang sungguh lembut dan tinggi kualitinya untuk dijadikan jacket, handbag dan juga kasut. 


 

Kedai terletak di tingkat paling atas yang perlu menaiki tangga sempit. Memang penat weh memanjat tangga ini. Ini adalah tempat yang membuatkan saya menyesal sangat sangat kerana tak beli leather jacket di situ. 



Entah kenapa hari itu, saya boleh buat keputusan tidak membelinya sedangkan leather jacket adalah satu satu barang yang ingin saya beli sepanjang percutian ini. 

Sepanjang di Morocco dan Spain, saya mengintai kalau ada kedai yang menjual leather jacket. Namun hampa kerana langsung tidak menemuinya sehingga saya balik ke Malaysia. 


Perasaan menyesal tidak boleh nak cerita sambil memujuk hati. Tak apa nanti aku nak tempah di Bali atau di Turki. Bila balik, cerita dengan jiran. Sekali lagi dia memberi tamparan, kenapa you tak beli. Kan I dah beritahu you. Huhuhu.

Jadi kalau ada hajat nak membeli, jangan teragak agak macam saya. Harganya ialah Euro380 untuk jacket pendek dan Euro400-450 untuk jacket labuh. Jika pandai menawar, ada kawan dapat Euro1000 untuk 2 jacket pendek dan 1 jacket labuh. 

Kami kemudian dibawa pula untuk melihat proses tenunan fabrik dari pokok kaktus. Harga agak mahal. Memang mampu tengok jer lah. Kalau mampu, boleh beli kerana fabriknya sangat lembut dan sejuk berbanding dengan fabrik biasa. Hasil kerja yang 100% manual memang lah mahal. 



Kami kemudian di bawa makan tengahari di restoran Dar Alamia yang terletak dalam bangunan tersebut. Masuk jer ke restoran, woow cantik dekorasinya. 

Dekorasi dalam kedai sangat cantik. Table deco juga sangat cantik. Pinggan mangkuk yang digunakan juga cantik. Pendek kata semua cantik lah. Ada juga ruang untuk minum minum atau secara duduk di lantai. 



Makanan pun sedap iaitu hidangan telur seperti telur poached dan meatball. Kuahnya ala ala kuah spagetthi bolognese di tempat kita. Jadi memang boleh makan dan kena dengan selera orang Malaysia. 



Tempat lain yang dibawa dalam bangunan ini ialah masjid masjid lama termasuk juga tempat pengajian agama. 


Kami kemudian dibawa ke tempat pembuatan tembaga, gangsa yang diukir secara manual. Ianya berupa dulang, pinggan kecil untuk hiasan. 

Saya sekadar melihat sahaja kerana memang tak berminat nak menghias rumah dengan semua barangan ini. Rumah kami pun dah cukup semak. 


Setelah beberapa jam di situ dan melalui lorong lorong, barulah kami sedar bahawa semua jenis kedai ada di dalamnya. Ada restoran, ada kedai makan biasa, ada pasar basah menjual daging mentah, ada macam kedai runcit, ada pula kedai fabrik dan macam macam. Macam mall di negara kita. Semua ada di dalam satu bangunan. Bezanya tempatnya padat dan lorong kecil.

Dari situ, kami keluar dan aduhaai legaaa bila dapat melihat langit. Legaa pujuk hati jer. Kami kemudian naik bas dan terus bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Chefkaouchen, iaitu bandar yang juga dikenali sebagai Blue City.

Kami singgah solat di masjid kecil tepi jalanraya yang dibuka. Kebiasaan masjid di Morocco akan dibuka hanya pada waktu solat. Rasanya tour guide kami dah call dan membuat arrangement awal. 

Masjid ini ala masjid kampung. Di bahagian belakang ada pokok pokok, ada ayam dan ternakan di sekitarnya. Di luar depan masjid, ada pokok zaitun, pokok tin dan juga pokok rosmary. Kami solat berjemaah di sini. 


Ok setakat ini dahulu, nantikan entri ketibaan kami di Chefkaouchen yang sangat cantik dan romantis gitu. Boleh klik di SINI. Salam sayang buat semua. 


1 ulasan for "Percutian Morocco - Shopping Di Medina Of Fez Part 5"