Percutian Morocco - Feri dari Tangiers ke Tarifa Part 9
Alhamdulillah kali ini saya akan menyambung perjalanan hari terakhir di bumi Morocco ke bumi Spain pula. Kami terpaksa membuat packing semula supaya tidak banyak bag kerana kita terpaksa mengheret sendiri bag naik ke feri. Bag kecil dimasukkan sahaja ke dalam bag besar untuk mengurangkan jumlah bag. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Pagi pagi hari di Tangiers, kami turun bersarapan di restoran hotel. Di sini, entah kenapa hari ini, rasa sedap sangat telur yang dimasak secara poached dan scramble. Haa siap makan menambah nambah lah juga. Air minuman yang disediakan juga pelbagai jenis dan dihidangkan dalam bekas dan cerek lama.
Kebetulan waiter di restoran ini sangat tinggi, sehingga geng lelaki hanya separas bahu mereka sahaja. Kami siap mengambil gambar lagi dengan mereka. Ada seorang lagi, juga tinggi. Hmm memang tinggi tinggi betul orang Morocco ni ya.
Kami habiskan masa agak lama masa sarapan kerana tiada aktiviti lain melainkan tunggu masa untuk check out. Selepas check out, kami naik bas untuk dibawa ke terminal feri di Tangiers menuju terminal feri di Tarifa, Spain. Feri mengambil masa selama 1 jam. Dengan itu juga, kami mengucapkan selamat tinggal kepada Azizie tour guide kami sepanjang di Morocco.
Kami kemudian melalui pemeriksaan imigresen sebelum terus berjalan masuk ke feri. Saya sempat masuk ke kedai bebas cukai untuk membeli coklat. Yang berwarna merah di belakang adalah feri yang kami naiki.
Memang seronok berada di atas feri bila geng sekepala semuanya. Apa lagi kalau bukan sessi bergambar. Semua sangat sporting. Tak ada yang perlu diajak ajak untuk bergambar terutama geng wanita.
Melihat pemandangan laut yang membiru mengingatkan kami ketika menaiki Star Cruise Virgo dati Singapura ke Phuket suatu masa dulu. Tenang melihat air laut sepanjang pelayaran tersebut. Tidak terasa sangat gayat atau beralun alum semasa di dalam feri ini. Risau juga kalau pening dan mabuk. Ada juga beberapa orang yang tak naik bergambar kerana mereka pening bila feri dilambung ombak.
Sesampai di Tarifa, kami melalui pemeriksaan imigresen Spain pula. Keluar dari terminal, tour guide kami di Spain, Mohammed telah pun menunggu. Semasa berjalan ke bas, baru saya perasan langit di Spain sangat cantik dengan warna biru yang tak ada awan langsung.
Setakat ini dahulu, sehingga kita bertemu lagi di entri akan datang dengan aktiviti dan percutian kami di Spain. Boleh baca di SINI. Salam sayang buat semua...
Catat Ulasan for "Percutian Morocco - Feri dari Tangiers ke Tarifa Part 9"
Add your comment