Percutian Morocco dan Spain - Part I
Keputusan untuk join trip ke Morocco dan Spain bersama rakan rakan alumni ini dibuat agak last minute iaitu dalam 2 minggu sebelum tarikh percutian pada 11 November 2023. Ini adalah kerana minggu ketiga bulan September kami baru balik dari percutian keluarga di London dan Paris. Boleh klik entri di SINI.
Ketika itu pula, saya tengah sibuk dengan kerja kerja repair bilik air yang bermasalah sehinggakan lebih 2 minggu saya tak naik bilik. Hanya tidur di bilik Boy di bawah sahaja. Rumah berhabuk jangan nak cerita lagi.
Baju baju pula semua di dalam wardrobe yang ditutup dengan plastik untuk mengurangkan kesan habuk. Saya mula membuat packing sehari sebelum pergi, bila saya dapat naik bilik. Kerja kerja memasang tiles dan siling siap hari Isnin. Hari selasa saya naik bilik dan mula cari baju untuk dibawa.
Kami keluar rumah pukul 1.50 petang dengan menaiki grab. Kesian Aliya menangis nangis mahu ikut kami. Kami sampai di KLIA dan terus check in sebaik kaunter dibuka. Kemudian kami semua berkumpul di Noodles.
Kami kemudian berjalan masuk dan menunaikan solat Asar di surau tingkat atas di terminal pelepasan. Kemudian masuk ke pintu pelepasan C37. Sambil menunggu masuk kami berkumpul di satu tempat sambil charge handphone.
Betul seperti yang anak anak beritahu yang makanan dalam pesawat Qatar dan Emirates lebih sedap berbanding dengan MAS. Jangan marah tau MAS. Ramai yang bagi komen seperti ini. Cuma MAS nak dengar atau tidak sahaja. Hidangan makan malam Chicken with Roasted Potatoes sangat sedap di tekak saya. Portion pun besar. Bila makan tu, memang kekenyangan lah.
Dua jam sebelum mendarat, kami diberikan sandwich. Saya memilih chicken sandwich. Sedap juga cuma bukan sesuai dengan selera saya kot. Diberikan juga cupcake atau muffin.
Kami mendarat di Dubai International Airport pada pukul 10.10 malam waktu tempatan. Lebih kurang pukul 2.10 pagi waktu Malaysia.
Kami berjalan jauh untuk mencari surau wanita. Bertanya sana sini juga untuk sampai. Rupanya dah hujung sekali. Surau terletak berhadapan dengan gate B29. Surau kecil dan orang ramai selain ada yang duduk duduk dan baring.
Lepas solat kami rehat seketika di kerusi di situ. Saya juga sempat melelapkan mata seketika. Lepas dapat maklumat dari Emmy, tour leader bahawa ada female prayer room berhampiran dengan gate C19, kami mula berjalan ke sana.
Di sini prayer room sangat besar dan orang pun tak ramai. Tandas pun di depan pintu surau sahaja. Jadi kami semua tidur di sini. Pukul 4.00 pagi bangun solat tahajjud dan witir. Kemudian kami menunggu waktu solat Subuh pukul 5.12 pagi.
Selepas solat kami berjalan ke pintu masuk C19 untuk boarding ke Casablanca. Dari Dubai International Airport ke Casablanca bertolak pukul 7.43 pagi. Dijangka tiba di Casablanca pada pukul 12.41 tengahari. Penerbangan mengambil masa selama 6 jam.
Dalam penerbangan, kami disajikan dengan sandwich telur dan keju sebagai sarapan. Makan tengahari ayam panggang dengan nasi dan brokoli. Sedap juga.
Sampai di Airport Mohamed V, kami dibawa terus ke Solamo's Café untuk makan tengahari. Cafe dengan konsep terbuka.
Makan chicken tajien dengan roti, salad dan puding buah buahan sebagai pencuci mulut. Di Morocco tidak perlu risaukan makanan halal kerana 100% penduduk Morocco adalah beragama Islam.
Kami terpaksa makan tergesa gesa kerana mahu solat di Masjid Sultan Hassan II di Casablanca yang merupakan masjid terbesar yang masih digunakan di Afrika. Ianya adalah masjid yang ke14 terbesar di dunia.
Di Morocco masjid dibuka hanya pada waktu solat. Ia akan ditutup selepas solar Asar pukul 4.30 petang. Jadi kami kena berjalan kaki ke masjid untuk mengelakkan kelewatan.
Ambil wudhu di tingkat bawah dan naik 2 tangga untuk sampai ke tempat solat wanita. Aduhai semput juga bila kita buat dalam keadaan tergesa gesa. Selepas solat kena cepat cepat keluar kerana lampu masjid telah mula dipadamkan. Terpaksa bergambar dengan cepat untuk kenangan dalam masjid yang sangat cantik.
Kemudian berjalan keluar dan bergambar berlatarbelakangkan masjid. Kemudian berjalan ke tepi laut untuk ambil gambar.
Selepas bergambar, naik bas untuk meneruskan perjalanan ke Marrakech yang mengambil masa selama 3 jam. Kami berhenti bergambar di tepi laut yang sangat cantik.
Sampai di Marrakech, terus dibawa makan malam di Restoran Ksar El Hamra, sajian Morocco yang hidangan lauk kambing dengan pelbagai sayuran seperti salad di tempat kita, roti yang garing diluar dan lembut di dalam yang menyebabkan saya teringat ingat. Isinya gebu macam baldu gitu. Sup sayuran juga sangat sedap.
Di restoran ini, kami dihidangkan juga dengan persembahan tarian dan lagu tradisi Morocco. Kalau kat tempat kita yang menari pastinya gadis gadis muda tapi di sana, mak cik makcik yang perut pun dah boyot. Hahaha.
Selepas makan, kami dibawa check in di Wazo Hotel. Masuk bilik dah pukul 12.00 tengah malam. Selepas solat, bersiap untuk tidur kerana pagi pagi perlu berkemas untuk check out. Setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri akan datang di SINI. Salam sayang buat semua.
Catat Ulasan for "Percutian Morocco dan Spain - Part I"
Add your comment