Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Morocco - Chefkaouchen Day 1 Part 6



Alhamdulillah saya menyambung kembali catatan perjalanan dari Fez sebelum ini di SINI. Kami tiba di Chefkaouchen dan di sini, bas tidak boleh naik. Jadi kami terpaksa turun dan membawa semua barang yang diperlukan kerana bas akan datang pada hari kami akan keluar dari sini. 

Aduhai penat dan mencabar berjalan menaiki jalan jalan berbukit lebih lebih lagi kalau tapak kasut tidak cukup baik. Hotel kami Hotel Parador terletak di atas bukit. Bag kami dibawa ke hotel dengan van. 




Selepas menukar pakaian, kami turun untuk makan malam di hotel. Satu yang ingin disebutkan ialah kebanyakan hotel di Morocco tidak menyediakan cerek elektrik dan sterika. Jadi kalau rasa nak minum panas atau masak maggi, kena bawa cerek sendiri. Haa tapi Hotel Parador di Chefkaouchen ada disediakan cerek elektrik. Haa dapatlah lepaskan keinginan nak makan Maggi.

Selepas makan malam, kami keluar berjalan jalan di dalam Blue City. Sambil itu, kami makan aiskrim di sini yang sedap. Geng para suami keluar untuk mencari jubah Morocco dan souvineer. 






Cuaca ketika ini cukup nyaman, sejuk tapi tidak terlalu sejuk. Memang selesa untuk berjalan jalan. Saya banyak mencari spot menarik untuk bergambar sahaja kerana saya memang tidak membeli apa apa. Sekadar keluar untuk bersama dengan kawan kawan. 


Selepas itu, kami singgah di cafe untuk minum sebelum berjalan balik ke hotel. Pemandangan bangunan berwarna biru dengan cahaya lampu malam sangat cantik dan romantis gitu. Sesuai untuk pasangan yang ingin honeymoon di sini. Hahaha. 


Setakat ini dahulu dan sehingga kita bertemu lagi di entri seterusnya di SINI, salam sayang buat semua...


Catat Ulasan for "Percutian Morocco - Chefkaouchen Day 1 Part 6"