Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Morocco - Chefchaouens Day 2 Part 7



Alhamdulillah hari ini saya ingin menyambung aktiviti hari kedua di Chefchaouen, iaitu Blue City. Boleh klik entri hari pertama kami sebelum ini di SINI. Kami bangun pagi pagi dan turun sarapan. Saya makan scramble egg kat sini, yang memang sedap sangat. Cukup rasa lemak dan lembutnya. Selain itu, saya juga suka masakan terung yang dikukus, juga sedap. 

Selepas sarapan, kami turun berjalan jalan untuk bergambar sekitar hotel dengan Mariam, Badariah dan Dr Nor Salita. Pemandangan biru yang cantik dan romantis. Selepas bergambar, kami naik ke bilik untuk bersiap siap bagi aktiviti secara berkumpulan. 






Pukul 10.00 pagi, kami turun berkumpul di lobi untuk berjalan kaki di bahagian atas bukit yang dikatakan lebih cantik bersama sama dengan tour guide. Kali ini kami semua bersiap dengan memakai jubah.





Di Chefchaouen ini tiada lain selain dari bangunan dan kedai kedai yang dicat dengan pelbagai rona biru menyusuri jalan berbukit menjadikan ianya sangat serene dan romantis. Ianya sangat cantik untuk bergambar. 

Di sepanjang lorong lorong berbukit tersebut, banyak peniaga yang menjual pelbagai barangan, ada juga cafe yang juga dihias cantik untuk kita singgah minum. Jangan lupa untuk membeli air perahan asli buah delima yang sangat sedap. Apa lagi tat kala kita dahaga dan kehausan, 

Di sini tiada aktiviti selain dari jalan jalan dan singgah bergambar. Gambar dan gambar lagi. Jadi saya kongsikan gambar gambar yang diabadikan di sini buat kenang kenangan. Kalau ke Moroccco, anda harus mengunjungi bandar biru yang unik ini. Bukan sahaja bangunan berwarna biru tapi teksi juga banyak yang berwarna biru. 







Sepanjang berjalan di sini, kena perhatikan lorong lorong supaya tidak tersesat. Kalau tersesat, memang agak susah dan memakan masa untuk mencari jalan keluar terutama kalau kita bergerak lagi jauh dari jalan yang sepatutnya kita tujui. 

Tapi di sini ramai yang boleh berbahasa Inggeris, jadi rasanya boleh bertanya. Pun begitu, elok untuk kita mengingati laluan yang kita ambil. Tapi kami ada Syahmir untuk membantu kami menunjukkan arah untuk turun. Kalau tidak, mahu juga tersasar satu atau dua lorong.



Gambar di bawah ini ialah destinasi akhir kami yang dibawa oleh tour guide di mana selepas itu, kami bersurai dan bergerak secara sendiri. Ada yang berjalan balik, ada yang terus mencari spot menarik untuk bergambar dan ada yang bershopping. Tempat ini ialah bahagian belakang di mana kita perlu menuruni bukit. 


Selepas selesai bergambar, kami singgah di gerai dan kedai berhadapan dengan hotel untuk membeli souvineer. Selepas itu, kami berjalan naik ke bilik untuk menukar pakaian dan bersiap siap untuk check out. 



Pukul 12.00 tengahari, kami check out dari hotel dan mula berjalan turun. Seperti sebelumnya, bag bag kami dibawa turun dengan van. Kami berjalan kaki beramai ramai untuk menunggu bas. 


Sementara menunggu, ternampak masjid Grand Mosque of Chefchaouen dan kebetulan waktu solat Zohor pun dah dekat, jadi kami memutuskan untuk solat dulu. Selepas selesai solat, kami naik bas dan terus menuju ke Tangiers. 

Singgah makan tengahari di Restoran Al Khiffa dengan lauk ayam, salad dan roti. Alhamdulillah sedap pulak rasa saladnya kerana saya memang sukakan tuna. 






Selepas makan, kami bertolak ke Tangiers. Jangan lupa entri seterusnya di SINI. Salam sayang buat semua.....


Catat Ulasan for "Percutian Morocco - Chefchaouens Day 2 Part 7"