Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Sagu Gula Melaka


Assalamualaikum semua. Hari ini dah mula kerja atau masih bercuti? Maklumlah hujung tahun, ramai akan menghabiskan cuti tahunan yang tak boleh di carry forward. Sambil sambil layan blog, jangan lupa klik iklan yang keluar di atas blog saya juga tau. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Saya pasti semua orang bersetuju yang lagi lama, masa bergerak sangat pantas. Rasa macam baru sahaja lagi masuk tahun 2023. Saya menunaikan ibadah umrah dengan Juita dalam bulan Januari 2023 di SINI. Sedar sedar beberapa hari lagi, kita akan meninggalkan 2023. Kita akan melangkah masuk ke tahun 2024.

Masa tetap lah 24 jam sehari tetapi keberkatan masa menjadikan masa agak panjang dan pelbagai perkara boleh dilakukan. Contoh yang paling mudah ialah bila kita solat Zohor sebaik masuk waktu. Kita akan terasa panjangnya masa. Dah tidur, bangun tengok jam, laa baru pukul 2.00 petang. Pernah tak anda alami perkara sama? 

Dalam hidup perlu cari keberkatan terutama keberkatan rezeki. Walaupun sikit, terasa banyak, terasa cukup. Tak ada duit yang perlu dikeluarkan kerana kereta rosak, peti sejuk rosak dsb. Bukan dapat duit banyak, tiba tiba kereta rosak, tayar pecah. Haa itu dah jadi rezeki orang lain. OK lah setakat ini dahulu, meh kita masuk pula bab resipi.


Saya kalau nampak kuih ni memang tak tolak. Kalau pergi ke mana mana buffet, memang cari kuih sagu gula Melaka ini. Sebenarnya apa apa kuih yang dibuat dari sagu, memang kesukaan saya. 

Memasak sagu ni ada macam macam cara, pilihlah cara yang kita sukai. Ada orang terus mengacau atas dapur. Ada yang kacau atas dapur seketika dan kemudian dikukus supaya lebih cantik. Saya buat ikut mana yang rasa rajin masa tu. 

Kalau biasa kita boleh hidangkan dengan santan tapi ada masa, kita gantikan dengan susu cair. Serious saya lebih suka santan kerana susu cair menpunyai rasa lemak yang menjadikan kita cepat rasa muak. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Sagu Gula Melaka
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Bahan:
1 cawan sagu
Santan/susu cair
Air gula Melaka

Cara cara:
Panaskan air sehingga mendidih, masukkan sagu dan dikacau sehingga sagu menjadi jernih.

Masukkan air secukupnya ke dalam periuk sagu dan kacau rata. Tuang ke dalam tapisan. Titiskan pewarna yang disukai dan kacau rata. 


Masukkan sagu ke dalam bekas atau acuan yang disukai.


Air Gula Melaka

150 gram gula melaka
1 ½ sudu besar gula pasir
1 ½ cawan air
1 helai daun pandan

Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Cara Menghidang:
Masukkan kuih sagu dalam mangkuk. Tuang santan atau susu cair dan air gula Melaka. Sedia utnuk dinikmati. Sedap dimakan sejuk sejuk. 



Catat Ulasan for "Kuih Sagu Gula Melaka"