Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Paris September. 2023 - Balik ke Malaysia



Alhamdulillah akhirnya saya sampai ke catatan bahagian akhir percutian keluarga ke London dan Paris pada September 2023. Catatan selain beri sedikit info pada orang yang baru hendak bercuti ke sana dan juga sebagai kenangan buat kami sekeluarga. Boleh klik entri sebelum ini di SINI

Pada 14 September, tiba lah hari untuk kami berangkat balik ke Malaysia. Kami bertolak dari apartment pukul 4.30 pagi. Sampai di Charles De Gaulle pukul 5.00 pagi. Kami masuk ke terminal 1 dan belok kiri. Kemudian ikut jer signage tax refund. Ambil lift dan turun ke level tax refund. 

Kaunter tax refund dibuka pukul 5.30 pagi. Sekaang dah mudah, tak perlu tunggu kaunter dibuka. Hanya perlu scan sahaja resit pembelian di mesin pablo. Boleh pilih cash atau non cash. Cash hanya untuk refund sehingga Euro1000. Jika mesin menunjukkan resit tax refund tidak validate, baru kita ke kaunter kastam untuk membuat manual validation. 

Biasanya untuk pembelian tinggi, mereka akan minta untuk ditunjukkan barang di kaunter. Jadi kena standby barang barang tersebut dalam bag yang mudah untuk dibuka. Selepas itu, keluar dan sebelah kanan, terdapat tempat untuk ambil tunai. Jika memilih non cash, tak perlu ke Cash Paris. Kita juga tak perlu drop borang seperti dulu. Kaunter Cash Paris pula dibuka pukul 6.00 pagi. Jadi kena lagi beratur untuk tunggu kaunter dibuka.



Selepas selesai urusan tax refund, kami naik semula ke Hall 1 dalam lebih kurang pukul 6.40 pagi untuk check in luggage. Bag banyak tapi proses check in sangat cepat. 1 jam sebelum waktu penerbangan, kaunter check in akan ditutup. Begitu juga 20 minit sebelum boarding, gate pelepasan tutup. Jadi kena perhatikan semua ini supaya kita tidak ketinggalan flight pula. 

Kami kemudian berjalan masuk ke pintu departure. Kami ambil lift ke business lounge yang terletak di tingkat 11. Kami menunaikan solat Subuh dan kemudian mengambil sarapan ringkas. Masa pun tidak lama, jadi kena cepat cepat berjalan ke gate pelepasan kerana ada lagi pemeriksaan yang perlu dilalui. 



Turun balik ke tingkat 4 menuju ke departure gate 28. Turun sahaja escalator, kita perlu melalui pemeriksaan sekuriti sekali lagi. Semua bag akan di scan. Kemudian naik ke tingkat 2 dan berjalan ke gate yang terletak di belakang butik Hermes. Kami duduk di situ sementara menunggu panggilan masuk. Kalau kita dengan anak kecil yang menggunakan stroller kena cepat supaya kita tidak terkejar kejar masa. 



Kapal terbang berlepas pukul 9.00 pagi dan tiba di Doha untuk transit. Di sini, kami transfer ke terminal dengan menaiki bas. Bayangkan kesusahan kerana terpaksa membawa bag turun tangga untuk ke bas.

Kemudian kami berjalan ke LV lounge untuk ke Al Marjoun Lounge - The Garden. Menu makanan sama dengan lounge semasa kami bertolak ke London tempoh hari.


Saya terus ke tempat solat untuk menunaikan solat, makan dan terus turun untuk ke gate pelepasan. Kali ini kapalterbang ditukar ke flight yang lebih kecil. Jadi tidak best seperti seat penerbangan sebelum ini. Kebetulan pula, bertemu dengan Encik Aziruan yang juga dalam perjalanan balik ke tanah air. Kami tiba di KLIA pukul 9 pagi. Lama pula menunggu bag. 



Alain menunggu kami di KLIA. Tapi kami terpaksa juga ambil satu grab kerana bag yang banyak tidak muat hanya satu kereta. 


Insya Allah saya akan kongsikan catatan percutian saya bersama BFF alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya ke Morocco dan Spain pada 11 November 2023 pula selepas ini. Insya Allah semoga dipermudahkan. Kalau mahu baca entri pertama pertama percutian London Paris, boleh klik di SINI


Catat Ulasan for "Percutian Paris September. 2023 - Balik ke Malaysia "