Percutian Paris - Disneyland Part 2
Keluar pukul 9 pagi dan kali ini masa agak bebas. Hanya perlu call Manu 1 jam sebelum waktu yang kita hendak balik. Maksudnya kami boleh berada di sini mengikut kehendak sendiri. Perjalanan dari Paris ke sini memakan masa 1 jam.
Cuaca sebelah pagi sejuk dan berangin. Best sangat setelah berpanas di London. Nyaman jer dan tak ada berpeluh peluh. Cucu cucu yang sangat teruja terutama Medina yang siap memakai baju princess dengan kasut dan veil juga.
Mereka jadi lebih teruja bila melihat watak watak kartun Disney yang biasa mereka tengok di video, muncul di depan mata. Bukan sahaja anak anak, kita pun rasa seronok sebenarnya.
Selepas perarakan selesai, hujan mulai turun rintik rintik. Saya dengan suami menjaga Aliya dan Haider ketika anak anak dan cucu yang lain, naik ride. Saya memang tak kuasalah nak naik ride tu semua. Buat cari penyakit jer. Hahaha.
Menjelang tengahari, hujan mulai turun dengan lebat. Kami terpaksa beli banyak baju hujan untuk kami semua. Duit mencurah laju keluar kerana satu helai baju hujan dah berharga rm70. Kalau dah beli untuk semua, dah berapa kan? Untuk cucu yang dalam stroller pun kena beli juga.
Hujan hanya berhenti ketika kami berjalan untuk balik. Pukul 8.00 malam, Manu mengambil kami di tempat di mana kami diturunkan. Balik dah kepenatan. Jadi saya tak memasak, hanya makan apa yang ada sahaja. Saya cuma menyediakan ayam goreng sebagai lauk tambahan. Setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri seterusnya.
Catat Ulasan for "Percutian Paris - Disneyland Part 2"
Add your comment