Percutian London September 2023 Part 2
Alhamdulillah, bertemu lagi di part 2, catatan percutian keluarga ke London September 2023. Boleh baca entri sebelum ini di SINI. Hari kedua di London, seperti biasa lah tak boleh tidur kerana jet lag. Pukul 2 pagi waktu sana, saya dah bangun. Dah tak boleh tidur, jadi saya bangun memasak untuk sarapan.
Menu sarapan ialah nasi lemak, lauk sardin, sambal ikan bilis dan ayam rendang. Alhamdulillah dapat mengisi perut dengan masakan Malaysia. Memang sedap.
Selepas sarapan, kami berehat seketika sebelum bersiap untuk ke Oxford Street. Kami hanya berjalan kaki ke Oxford Street yang tidak jauh dari apartment kami. Alang alang dah lalu, Primark di Marble Arch, kami terus singgah kerana anak anak mahu membeli baju basahan di Primark.
Seperti biasa, saya akan cari kat mana tempat yang saya boleh duduk. Nelly kemudian datang mengesyorkan saya membeli baju kemeja di sini kerana saya tidak bawa banyak baju kemeja yang sesuai dengan cuaca panas.
Selepas shopping di Primark, kami berjalan pula ke Selfridges. Sementara menunggu Aween di sini, kami minum di cafe yang terletak di tingkat bawah. Memang sini tempat favorite kami kalau nak menunggu anak anak shopping.
Selepas Aween datang, barulah kami berjalan ke Disney shop kerana Ammar dan Medina mahu membeli permainan di sana. Selepas shopping di situ, kami ingat nak terus pergi makan tengahari. Tapi dengan cuaca panas yang menyebabkan kita berpeluh dan cepat letih, kami bersetuju untuk balik ke apartment. Lagi pula cucu cucu semua dah tidur dalam stroller. Kami ambil bas dan balik ke apartment.
Saya balik apartment dan memasak nasi untuk makan tengahari. Lagi pulak lauk masa sarapan masih ada. Anak anak pula order pizza secara delivery.
Petang kami berdua dengan Nana dan Boy berjalan kaki ke Hyde Park untuk naik boat. Hanya Ammar, Medina dan Aliya sahaja yang ikut. Hajat hati nak naik boat di sini tapi malang sekali kerana ianya tidak beroperasi.
Kami kemudian berjalan keluar dari Hyde Park dan ambil bas ke Oxford street berjumpa dengan Nelly dan Aween yang keluar shopping. Boy balik ke apartment untuk ambil stroller.
Kami kemudian berjanji untuk berjumpa di depan John Lewis. Setakat ini dahulu, sehingga berjumpa lagi di entri akan datang. Salam sayang buat semua… Nantikan sambungannya di entri akan datang.
Catat Ulasan for "Percutian London September 2023 Part 2"
Add your comment