Percutian Keluarga London September 2023 Part 4 Tower Bridge
Alhamdulillah kita bertemu lagi di sambungan catatan perjalan percutian keluarga kami ke London pada September 2023. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Setelah balik dari Admission Ceremony, sebelah petang kami keluar untuk ke Tower Bridge. Kali ini kami naik train di Bayswater station.
Agak mencabar kerana banyak tangga yang perlu naik dan turun tangga samada di underground dan juga untuk menyeberangi Tower Bridge. Maklum kali ini bukan satu stroller tapi 4 stroller untuk kesemua cucu.
Kalau biasa, kami datang ke Tower Bridge ni sekejap jer. Selepas bergambar, dah balik kerana kesejukan. Lebih lebih bila angin bertiup. Tapi kali ini oleh kerana cuaca panas, kami boleh lepak lepak di sepanjang sungai. Tapi bila panas ni, asyik dahaga jer. Kejap kejap minta air. Lagi nyaman bila minum air mineral yang sejuk sejuk.
Memang cantik pemandangan di waktu malam bila lampu lampu bergermerlapan. Serious cantik dengan pemandangan bridge yang cantik dan sungai yang terdapat imbasan cahaya merentanginya. Hahaha tak tahu nak describe tapi boleh tengok gambar Ammar dan Medina di atas ni.
Setelah bergambar dengan pemandangan malam, kami berjalan balik ikut jalan agak jauh yang sesuai untuk mereka yang bawa stroller. Jadi tak perlu nak mengangkat stroller turun dan naik tangga.
Balik apartment dan makan apa yang masih ada sahaja. Alhamdulillah selesai sudah percutian kami pada hari ini. Walaupun penat tapi ianya suatu yang sangat menyeromokkan bila bersama keluarga. OK setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di sambungan akan datang.
Catat Ulasan for "Percutian Keluarga London September 2023 Part 4 Tower Bridge"
Add your comment