Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Keluarga London September 2023 Part 5 Big Ben



Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ini kita bertemu lagi. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Saya kali ini bersiaran dari Dubai International Airport semasa transit untuk ke Casablanca bersama rakan rakan alumni. Insya Allah saya akan menyambung catatan aktiviti kami di London. 

Pagi 9 september, kami hanya berehat di bilik selepas sarapan. Sarapan kami ialah mee hoon goreng, nasi lemak dengan ikan sardin dan keropok dan telur mata. Alhamdulillah.

Rasa macam sayang pulak dok jer di bilik. Datang jauh jauh, rugi lah kan. Sekurang kurangnya bawa cucu berjalan jalan. Bila melihat Boy dan Mia hendak ke Big Ben, kami pun buat keputusan untuk ikut sekali. Lagi pulak, Nana dan Nelly keluar dengan Aliya ke Oxford Street, jadi kami bawa Ammar sekali.

Kami berjalan ke underground Bayswater station. Lagi pula, naik train lebih selesa kerana adanya aircond. Kalau naik bas, memang macam dalam sauna. Berpeluh peluh dibuatnya. 

 



Kali ini kami berjalan menyeberangi jambatan dan bergambar di bawahnya untuk mendapatkan pemandangan Big Ben yang lebih jelas. Ini adalah kerana di sepanjang jambatan, orang ramai. Memang susah nak dapatkan gambar yang tiada orang di belakang atau di tepi kita. 







Selepas itu kami ke Oxford Street dengan menaiki train untuk bertemu Nana dan Nelly. Kami turun di stesyen Tottenham Court Road Station yang berdekatan dengan Primark baru. Keluar dari station ni, ada satu bangunan yang memaparkan pancaran lampu yang cantik. 



Selepas bergambar di sini, kami berjalan ke Primark untuk berjumpa dengan Nana dan Nelly. Kami duduk di cafe menunggu mereka selesai bershopping sambil minum di Primark. Saya lebih suka Primark ini kerana ianya ada tempat untuk duduk dan minum minum. Tak adalah kita kepenatan berdiri sementara menunggu anak anak bershopping. 



Balik apartment dan sebelah malam, semua anak anak mula mengemas dapur dan membasuh tuala lantai di bilik air yang telah digunakan. OK setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di catatan hari akhir di London di mana destinasi seterusnya ialah Paris. 




Catat Ulasan for "Percutian Keluarga London September 2023 Part 5 Big Ben"