Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Keluarga London September 2023 Part I


Telah lama terperap catatan percutian keluarga yang terindah dalam hidup saya. Jadi. sebelum saya lagi lama lagi lupa dengan aktiviti kami sepanjang di sana, saya ingin mencatatkan di sini buat kenang kenangan. 



Kenapa saya katakan terindah kerana ianya disertai semua anak menantu dan cucu cucu kecuali menantu saya, Alain yang tidak dapat ikut kerana urusan kerja. Keduanya, ia juga bersempena dengan majlis “admission ceremony” Fellowship in Opthalmologist di Royal College, anakanda kami, Dr Nana. 


Kami bertolak ke KLIA pukul 5.00 pagi pada hari Rabu 6 September 2023. Tiba di KLIA sejurus sebelum masuk waktu Subuh.  Kami check in sebaik sahaja kaunter check in dibuka pukul 6.15 pagi. Selepas selesai urusan check in, kami terus turun kerana ingin solat di surau bawah escalator. 


Selepas solat, kami berjalan ke terminal pelepasan dengan menaiki bas. Kemudian kami ke MAS Golden Lounge untuk bersarapan. Selepas sarapan, kami berehat di family area sementara menunggu waktu pintu pelepasan dibuka. 



Kami menaiki penerbangan Qatar Airways dan berlepas agak lewat hampir satu jam. Pukul 11 pagi. Sepatutnya pukul 9.55 pagi. Tiba di Doha pukul  12.36 petang waktu tempatan yang bersamaan dengan pukul 5.16 petang waktu Malaysia. 


Ini adalah kali pertama saya menaiki penerbangan Qatar. Memang sangat best. Makanan yang dihidang dalam Qatar Airways sangat mewah. Bila bila masa kita boleh memesan makanan jika terada lapar. Saya minta kekacang dan coklat untuk mengunyah sepanjang penerbangan. 


Memang sangat teruja kerana ini adalah kali pertama percutian saya dan suami ditaja oleh anak anak. Kali pertama juga percutian disertai semua anak anak dan cucu cucu kecuali Alain, yang tidak dapat bercuti. Juita pula hanya menyertai kami semasa di Paris. Boy telah berangkat lebih awal iaitu pada 3 September 2023 kerana mahu habiskan masa lebih lama di London. Beliau telah. sempat membawa Medina dan Haider ke London Zoo dan jalan jalan di London. 


Nana sponsor semua kos tiket penerbangan kami. Dia memilih Q suite seat kerana ianya boleh ditutup untuk kami 4 orang. Senang dan lebih mudah untuk Aliya menyusu. Tertutup dan terlindung dari penumpang yang lalu untuk ke tandas dsb.






Makanan yang dihidang dalam Qatar Airways sangat mewah. Bila bila masa kita boleh memesan makanan jika terada lapar. Saya minta kekacang dan coklat untuk mengunyah sepanjang penerbangan. 


Kami tiba di Doha untuk transfer flight ke London. Kami berjalan agak jauh untuk ke Al Mourjan Business Lounge. Transit selama 4 jam. Di sini kami Menunaikan solat di surau yang memang sangat selesa.  Nelly pula sempat mandi lagi. 




Kami meneruskan penerbangan pukul 4.55 petang waktu tempatan untuk ke London. Kami tiba di London lebih kurang pukul 10 malam. Aduhai panas sangat. Berpeluh peluh sambil menunggu uber. Oleh kerana tak dapat satu uber besar yang boleh memuatkan kami semua kerana bag yang banyak. Jadi saya dan Nelly mengambil airport taxi. Mahal lah sikit membayar airport taxi. 



Kami menginap di The Landwards yang terletak di Bayswater Road. Sangat dekat dengan kedai yang saya selalu beli bag luggage setiap kali ke London. Ada 3 bilik tidur dan sofa bed di ruang tamu yang sangat luas. Saya suka apartment ini kerana terdapat 2 bilik air dan dapur yang luas selesa. Tidak ada masalah berebut atau menunggu untuk menggunakan bilik air. Cuma peralatan untuk memasak tidak banyak. 


Jadi agak mencabar dan kena guna kreativiti untuk memasak dalam portion yang besar. Haa setakat ini dahulu catatan untuk hari pertama percutian kami. Selepas mandi, masuk tidur walaupun jet lag. 




Catat Ulasan for "Percutian Keluarga London September 2023 Part I"