Percutian Keluarga London Paris Part 6
Alhamdulillah kali ini saya menulis catatan ini ketika berada di Granada. Boleh baca entri sebelum ini di SINI. Setelah beberapa hari di London, tibalah masa untuk kami bertolak ke Paris.
Pada pagi 10 September kami bersarapan dengan nasi goreng ikan bilis dan nasi goreng ikan sardin.Selepas sarapan, semua mula mengemas apartment dan membuat final packing. Kami check out pukul 10 pagi.
Oleh kerana kami ramai dengan bag yang banyak, kami mengambil 3 uber untuk ke King Cross St Pancrass International station. Uber menurunkan kami di depan Grand Northen untuk terus ke departure floor.
Kali pertama kami ke sini dengan menaiki uber. Sebelum ini, kami naik train terus dari Heathrow airport. Sesampai di sini, kami minum di Cafe Kaleido yang semuanya halal kecuali ayam dan daging. Kami ambil kuih ala ala Vietnam roll.
Saya kemudian berpindah minum dan makan scone di restoran sebelah dengan Nana. Kalau take away, tak dapat jem yang sedap. Jadi mahu tak mahu, kena makan di situ juga. Hahaha lagi pun Nana dok sebut sedap sangat scone di situ.
Kami mula check in dan scan bag dan pemeriksaan imigresen. Bag kami diperiksa dan dikeluarkan barang. Saya sebenarnya terlupa dan membawa sekali pisau dapur yang dibawa dari Malaysia walaupun tahu akan ada scan bag. Itu lah khilaf manusia. Kita tahu tapi kita tak terfikir.
Jadi saya bersama suami dan Aween agak lama menunggu mereka mengeluarkan barang satu persatu sehingga bag dikosongkan semuanya. Hati dah mula cuak bila melihat jam di tangan. Maklumlah orang dah mula memenuhi ruang pemeriksaan imigresen.
Nasib baik selepas itu, kami diberi laluan ekspress. Ekspress pun tetap lama juga. Kaunter dibuka hanya dua. Queue pula panjang. Masa tu dah mula stress memikirkan train kami dah tak lama lagi. Anak anak yang menunggu pun nampak kelihatan risau kalau kami dapat melepasi pemeriksaan sebelum masa train boarding.
Train kami bertolak ke Paris pukul 2.10 petang. Platform 10 coach 4 boarding pukul 1.46. Kami terpaksa berpecah coach kerana bag yang banyak. Risau kalau kami semua naik satu coach yang sama, tak muat tempat simpanan bag.
Tiba di Gare De Nord pukul 5.30 petang. Keluar ikut pintu utama. Sementara menunggu anak anak booking uber, ada seorang yang datang approach kami. Oleh kerana sukar untuk dapat uber van yang besar untuk memuatkan barang kami, kami setuju kerana dia boleh memuatkan semua bag kami.
Tempat penginapan kami di 41 Rue Championet sebenarnya tidak jauh dari GDN. Tapi sebab kami ramai dan bag banyak, jadi agak susah untuk mendapatkan transport yang boleh memuatkan kami semua. Sebaik kami sampai di apartment, Juita dah pun check in dan masuk apartment.
Alhamdulillah happy sangat dapat rumah yang agak besar dengan 4 bilik tidur. Dapur juga sangat besar dengan adanya meja makan. Kiranya ada dua meja makan yang besar. Satu di dapur dan satu lagi di sebelah ruang tamu. Bilik air besar terdapat di bahagian bawah tanah. Sejuk dan besar sekali dengan 2 bilik tandas dan satu bilik mandi. Di tingkat atas juga terdapat satu bilik air kecil dengan kemudahan tempat mandi yang kecil.
Alhamdulillah masih sempat menunaikan solat zohor dan Asar. Kemudian mula memasak untuk makan malam. Tiada aircond jadi terpaksa menggunakan kipas sepanjang di sana. Setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri akan datang.
Catat Ulasan for "Percutian Keluarga London Paris Part 6"
Add your comment