Menghadiri Admission Ceremony di London September 2023 - Part 3
Alhamdulillah kita bertemu lagi. Syukur kerana diberi kelapangan untuk menulis catatan perjalanan dan percutian keluarga ke London September 2023. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Di samping bercuti, tujuan kami ke London kali ini ialah untuk menghadiri majlis "admission ceremony" di The Royal College of Ophthalmologist yang diadakan pada 8 September 2023. Majlis bagi meraikan kejayaan Nana lulus Fellowship dalam Ophthalmology yang telah beberapa tahun belajar sendiri dan menduduki peperiksaan ini atas inisiatif sendiri walaupun pada masa sama sedang mengikuti pengajian di peringkat master di Universiti Malaya.
Seperti biasa, saya bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan. Sarapan kami pagi ini ialah nasi lemak, nasi goreng dan kuih cucur manis. Selepas makan, kami bersiap siap untuk menghadiri majlis Nana. Kami sangat bersyukur kerana Nana lulus ujian yang diadakan di London pada hari Raya Aidil Fitri yang lalu.
Sebagai ibu pastinya saya sangat risau setiap kali anak anak menduduki peperiksaan. Apalagi kali ini, peperiksaan diadakan di London yang pastinya menelan kos dan belanja yang tinggi untuk flight, tempat tinggal makan dsb untuk mereka sekeluarga.
Walaupun telah banyak mengeluarkan belanja sebelum ini tapi Nana tetap sponsor tiket penerbangan saya dan suami. Semoga Nana terus dimurahkan rezeki. Bukan kerana dia banyak duit tapi kerana dia yakin rezeki dia, Allah yang akan membalasnya. Maklumlah penjawat awam ni, gaji bukan besar mana berbanding dengan doktor di swasta.
Selepas makan, kami turun dan menunggu uber. Aduhai dalam uber pun tak ada aircond, jadi tahan jer lah dengan cuaca panas sehingga berpeluh peluh walaupun tingkap dibuka.
Selepas mendaftar dan ambil jubah, kami terus beratur untuk bergambar sementara orang belum ramai. Kemudian masuk ke dewan yang lebih selesa kerana dalam dewan ada aircond. Majlis bermula pukul 2.00 petang tapi kami dah masuk sebelum orang lain masuk. Untungnya bila masuk awal, boleh pilih tempat duduk yang mudah untuk kita merakam gambar dan video di sepanjang majlis.
Selepas selesai majlis, saya menunggu sehingga Nana dan kawan kawan selesai bergambar. Kemudian Nana terus memulangkan jubah kerana kami tak masuk dewan untuk jamuan teh kerana tak pasti makanan yang dihidangkan. Perut dah mula terasa lapar dan berkeroncong.
Kami kemudian mengambil uber untuk makan tengahari di Restoran Rasa Sayang di China Town. Makan makanan Malaysia di sini lebih mahal berbanding restoran Malaysia yang lain. Itu kalau kita convert lah. Kos semua lebih £80 untuk kami makan berempat.
Sementara kami balik ke apartment, anak anak yang lain berjalan kaki untuk makan tengahari di restoran Melor. Kos dan harga jauh lebih murah dari Restoran Rasa Sayang.
Balik ke apartment, tengok Medina dan Aliya telah menunggu Nana dengan jambangan bunga. Alhamdulillah selesai sudah majlis dengan dipermudahkan urusan kami. Sekali lagi, Tahniah Kakak. Setakat ini dahulu sehingga kita bertemu lagi di sambungannya di entri akan datang.
Catat Ulasan for "Menghadiri Admission Ceremony di London September 2023 - Part 3 "
Add your comment