Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Udang Dengan Belimbing Buloh



Alhamdulillah semalam adalah hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke36. Sebenarnya angka adalah sekadar angka. Bukan lamanya perkahwinan tapi kebahagiaan yang kita kecapi, yang utama. 

Kebelakangan ini, saya melihat ramai pasangan yang telah atau hampir menjejaki usia 60an telah bercerai dengan pasangan masing masing. Antaranya ialah anak anak orang ternama yang bercerai di usia 60an. Ada pernah saya dengar statement yang menyebut dah tua tua, buat apa bercerai terutama dalam kes yang bercerai kerana suami berkahwin lagi dengan wanita yang lebih muda usianya.

Tapi bila dah berusia ini, saya merasakan mungkin itu adalah jalan terbaik. Di akhir usia, kita mahu hidup yang tenang tenang sahaja. Mahu isikan masa bersama sama dengan ibadah dan mengingati Allah. Kalau jiwa kacau dek ketidaksefahaman atau kecurangan pasangan, baiklah berpisah. Pasangan toksik tidak bagus untuk di simpan, tak bagus untuk dunia dan juga akhirat. 

Lagi pulak saya melihat ramai yang bila lama berkawin, berkomunikasi dengan pasangan sangat dingin dan tidak mesra. Jadi kenapa menyiksa jiwa raga. Mulakan hidup baru kerana bila dengan pasangan baru, mesra dan gembira sahaja. Barang baru kan. Memberikan nafas dan kehidupan baru gitu. Jadi yang penting ialah kebahagiaan dan bukan lamanya tempoh perkahwinan tapi tak bahagia. 


Saya biasa jer memasak masak lemak dengan memasukkan buah belimbing buloh. Tapi secara jujur saya tak makan belimbing tersebut, sekadar memberi rasa masam pada kuah masak lemak sahaja.

Tapi satu hari saya termakan sebiji belimbing yang di dalam kuah. Aduhai sedap lah pulak rasanya dengan rasa lemak lemak masam. Ohh patut lah ramai yang suka menggunakan buah ini. Kalau dalam gulai nasi dagang Terengganu pun, ada yang menggunakan buah belimbing buloh juga.

Kalau ada siapa yang macam saya sebelum ini, tak makan buah belimbing buluh, boleh rasa. Sedap dan pastinya selepas ini, anda akan menggemarinya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Masak Lemak Udang Dengan Belimbing Buloh
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10-15 ekor udang
10 biji belimbing buloh - belah 2
1 batang serai - ketuk
Sedikit serbuk kunyit
1 kotak santan kotak
Garam
Daun kunyit - hiris

Bahan tumbuk:
1-2 genggam cili padi - ikut pedas disukai
2 inci kunyit hidup

Cara cara:
Masukkan bahan tumbuk dan serai ke dalam kuali bersama sedikit air. Masak sehingga air kering. 

Masukkan sedikit air lagi dan biarkan mendidih. Masukkan buah belimbing buloh dan udang. Kacau rata. 

Masukkan santan secukupnya. Kacau rata. 

Masukkan garam secukupnya. Setelah mendidih, masukkan daun kunyit yang dihiris. Tutup api. 


Nota:
Jika tidak cukup masam, boelh tambah asam keping. 

Udang tidak boleh dimasak lama, takut akan jadi liat. Sekadar kepala udang bertemu ekor, tandanya udang dah masak. 


Catat Ulasan for "Masak Lemak Udang Dengan Belimbing Buloh"