Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Ayam Mudah Dan Sedap



Nana meminta saya memasak sup untuk makanan Aliya. Katanya Aliya makan apa sahaja lauk seperti yang kita makan, asal tidak pedas. Nasi dulu masak lembik sedikit tapi sekarang nasi Aliya masak macam biasa. 

Hikmah bila ada krisis beras tempatan yang menyebabkan ketiadaan stock dan harga yang mahal, menjadikan saya lebih menghargai setiap nasi yang ada. 

Nasi yang lebih semalaman akan disimpan dalam bekas dan dimasukkan dalam peti sejuk untuk digoreng. Haa kita kena berjimat kerana sebiji nasi adalah setitis peluh petani. 

Bukan bermakna sebelum ini saya tidak menyimpan nasi lebihan tapi saya kini lebih menghargai beras dan nasi. Lebih lebih lagi melihat video ibubapa yang sangat marah dengan isu beras kerana katanya mana mampu beli 5 kg beras dengan harga mahal yang pasti tak cukup untuk anak yang ramai. 

Dulu mereka boleh beli beras tempatan 10 kg bawah RM30. Kini harga RM40 untuk beras 5 kg. Sejak itu saya merasakan, tiada makanan lain OK lagi. Tapi kalau tiada beras, memang parah dan tak boleh dibayangkan bila kita ketiadaan nasi untuk dimakan. 


Lauk sup ni, bukan sahaja Aliya makan sedap tapi anak anak saya juga makan dengan menambah nambah. Simple tapi sedap gitu. 

Ubah sikit cara memasak dengan memasukkan ayam dulu. Masak sehingga air ayam kering dan terbit minyak. Jadi sup tak ada rasa hanyir dan lebih sedap kuahnya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Sup Ayam Mudah Dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ ekor ayam
1 batang karot
1 biji ubi kentang
1 sup bunjut
1 kiub pati ayam
Garam
Daun sup
Bawang goreng

Bahan tumbuk:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Tumis bahan kisar kering dan masukkan ayam. Setelah air ayam kering, masukkan karot dan kentang.


Masukkan kiub pati ayam dan sup bunjut. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga kentang empuk.

Masukkan garam dan daun sup. Akhir sekali, tuang bawang goreng sekali dengan minyak gorengan bawang. 



1 ulasan for "Sup Ayam Mudah Dan Sedap"

  1. Betul tu,nasi tak habis recycle Jd nasi goreng. Nasi ayam pun Jd nasi goreng.
    Nasi basi pun rasa alamak..

    BalasPadam