Mee Hoon Goreng ala Shahila Amzah
Kadang kadang kita melihat kehidupan orang lain seperti sangat ideal. Begitu juga orang melihat kehidupan kita. Namun saya percaya setiap orang diuji. Pasti di dunia ini, kita akan diuji tanpa mengira seorang itu kaya atau miskin, cantik atau buruk, berpangkat atau tidak.
Cuma bila diuji, seseorang akan cuba menghadapinya dengan tabah dan sabar. Mungkin yang tahu adalah mereka yang terdekat sahaja. Kalau semalam saya tulis bab ujian dengan keluarga, kali ini saya menulis bab ujian seorang isteri dengan suami.
Kebelakangan ini banyak pendedahan di media sosial bab suami tidak berguna. Kalau dahulu, role model seorang suami yang saya lihat ialah arwah bapa saya yang bertungkus lumus bekerja kampung dengan melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidpan kami sekeluarga.
Tetapi kini, zaman ini ramai lelaki lemah yang hidup menindas mental isteri. Bukan sahaja nafkah anak isteri tidak diberi, meminjam duit isteri dan berlagak kaya di luar rumah. Lelaki spesis hipokrit ini tidak layak mendapat kebahagiaan dengan menindas orang lain. Mereka umpama parasit yang ada ketika boleh membunuh orang yang menolong.
Ramai pulak perempuan luar sana yang sanggup mengambil alih tugas sebagai hamba abdi untuk ditindas kerana terpesona dengan kekayaan palsu yang ditunjukkan. Spesis lelaki “gelnyar” ini memang wujud. Kadang geli geleman kita melihatnya. Ini spesis yang buka mulut bohong, buka mulut bohong. Hahaha lelaki seperti ini tidak layak pun untuk berkahwin.
Dah lah kawin pun guna duit bini, kedekut nafkah walaupun tahu nafkah adalah wajib yang diperintah Allah. Boleh utamakan duit untuk kepentingan diri sendiri. Semoga kita dijauhi dari makhluk menentang perintah Allah ini, makhluk terpaling hipokrit ini. Berhati hati bila memilih suami. OK sekarang kita masuk pula bab masakan.
Saya melihat penyanyi Shahila Amzah menyediakan mee hoon goreng sambil membuat live. Nampak mudah dan nampak sedap sangat bila dia makan. Memang mee hoon ni kalau beli di luar 95% pasti tak sedap. Tak tahu kenapa tapi memang tak sedap.
Jadi kalau nak makan mee hoon goreng sedap, memang kena masak sendiri. Bahan simple jer tapi rasanya mesti sedap kebabom. Bahan bahan yang digunakan biasa sahaja.
Cuma cara penyediaan Shahila yang sedikit berbeza bila mee hoon diperap dengan kicap, minyak bijan dan serbuk lada putih dahulu. Jadi mee lebih berperisa dan sekata.
Kepada yang berminat nak mencuba, jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…
Mee Hoon Kicap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
½ paket mee hoon - rendam seketika
Kicap manis
1 sudu besar minyak bijan
Serbuk lada putih
Bahan kisar kering;
5-6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
5 biji cili padi
2 sudu besar ikan bilis
Bahan lain:
½ ikat sayur sawi
1 biji telur - goreng dadar
Fish ball - belah 2
Taugeh - jika suka
½ kiub pati ayam
Garam - jika perlu
Cara cara:
Mee hoon direndam dengan air biasa sehingga hampir lembut. Tos. Tuang kicap manis, minyak bijan dan serbuk lada putih. Kacau rata. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis sehingga bahan kisar sehingga garing. Masukkan fish ball. Kacau sehingga fish ball masak.
Masukkan mee hoon. Kacau rata sebelum dimasukkan sayur sayuran. Nota: Jika masukkan taugeh, pastikan di akhir sekali, masukkan taugeh, terus tutup api.
Masukkan kiub pati ayam dan garam, jika perlu. Setelah sebati, tutup api.
Panaskan kuali dan tuang telut untuk telur dadar. Gulung dan hiris. Letak atas mee hoon.
Nota:
Jangan masuk air.
Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng ala Shahila Amzah "
Add your comment