Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Udang Dengan Sayur Pucuk Paku



Assalamualaikum semua. Sebelum kita mula, jangan lupa klik butang follow blog saya tau. Juga klik lah iklan yang keluar di blog. sebagai insentif dan motivasi untuk blogger seperti saya terus berblogging. Terima kasih. 

Walaupun di rumah saya sekarang terdapat 8 orang anak menantu cucu, tapi satu lauk yang saya masak hanya setengah ekor ayam atau 5 ekor sotong sahaja. Tak banyak, itu pun kadang kadang tak habis pun. 

Saya kadang tertanya tanya berapa orang ahli keluarga yang nak makan apabila melihat video orang yang memasak makanan dalam jumlah yang banyak, sekuali besar, seperiuk besar. Tak nampak macam dia seorang peniaga makanan. Kalau udang atau sotong seperiuk besar. Memang nampak mewah tapi kalau tengokkan keadaan rumah dan dapur, tak nampak macam orang kaya. Tapi mana tahu kan, ada orang kaya memang tak suka menunjukkan kekayaan. 

Saya memang diasuh untuk berjimat cermat dan makan kongsi kongsi. Kalau yang sikit, ambil secubit seorang gitu. Itu sebab bila makanan tak banyak, makan serentak supaya tak ada yang tertinggal, tak dapat merasa masakan tersebut. OK setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab resipi.


Hari ini saya nak kongsikan resipi masak lemak udang dengan sayur pucuk paku. Sayur pucuk paku adalah sayur kegemaran, saya, Nana dan Juita. Masaklah apa pun sedap dengan pucuk paku. 

Semalam singgah makan di restoran ayam Kampung di seksyen 6 Kota Damansara, ambil lauk sayuran pucuk paku dengan telur. Puun sedap. Saya tak pernah lagi masak begini sebab banyak menu lain nak dimasak setiap kali beli sayur pucuk paku. Sayur ni kan mahal. Kalau beli pun, 2 ikat dan dapatnya pun sedikit kerana yang banyaknya batang yang dah keras. 

Bila pucuk paku dimasak lemak, ganding pula dengan udang, memang sedap giler. Udang itu memberi rasa dan aroma pada kuah masak lemak. Pucuk paku pun alahaai sedap weeh. Pendek kata gandingan serasi kedua dua bahan ini bila bertemu dalam kuali.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Masak Lemak Udang Dengan Sayur Pucuk Paku
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Udang
1 kotak santan kotak
Daun kunyit
2 batang serai
Garam
Minyak

Bahan tumbuk;
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam cili padi
1 biji cili merah
2 inci kunyit hidup

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, serai dan daun kunyit sehingga naik bau. 

Masukkan pucuk paku dan udang. Kacau rata.  


Masukkan santan dan air secukupnya. Akhir sekali, masukkan garam. Kacau rata. 

Setelah mendidih, kacau rata dan tutup api. 


Catat Ulasan for "Masak Lemak Udang Dengan Sayur Pucuk Paku"