Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Selar Goreng Berlado




Entah kenapa kebelakangan ini, kurang bersemangat untuk update blog. Banyak masalah lain yang perlu difikirkan. Kadang kadang ada perkara yang di luar kawalan kita, pun kita fikirkan. Walhal apa yang kita boleh buat pun selain hadap jer lah. 

Sekarang ini polisi kerajaan bab pengambilan pembantu rumah pun boleh membebankan orang ramai dan menguntungkan setengah pihak sahaja. 

Untuk mengambil khidmat pembantu rumah, kena ada sekurang kurangnya RM15-20 ribu. Engkau mampu? Memang tak lah kalau kalau gaji baru RM10 ribu dengan anak anak yang bersekolah pula. Kalau anak ramai, nak hantar ke nurseri pun bukan murah zaman sekarang ini. 

Ada pembantu pun, bukan yang dah terlatih. Nak mengajar mereka memang memakan masa bertahun. Itu baru bab bahasa dan mengenalkan nama barangan. Belum lagi bab nak mengajar mereka memasak, mengemas dsb. Bukannya bayar mahal mahal terus dapat yang terus boleh buat kerja. 

Kalau majikan dibenarkan mengambil dan menguruskan kemasukan pembantu rumah sendiri, pastinya kos tidak terlalu tinggi. Tapi apa daya, syaratnya mesti melalui agensi khidmat pembantu rumah juga. Kita yang tiada kuasa dan tiada daya ni, hadap jer lah. Mohon semoga Allah permudahkan segala urusan hidup kita. Aamiin. 


Kalau beli ikan terutama ikan yang kurang segar, saya akan pilih ikan selar. Memang sedap sebab isinya agak pejal sedikit. 

Kalau ikan selar, saya suka masak berlado atau pun digoreng dan dimasak kicap. Jika suka, masak tauchu tapi saya jarang sekali masak tauchu kerana tiada penggemar ikan masak tauchu di rumah ini. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Ikan Selar Goreng Berlado
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 ekor ikan selar
1 biji bawang besar - hiris
Garam
Gula
Asam keping
Minyak masak

Bahan kisar:
4-5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
1 genggam cili padi - ikut pedas disukai

Cara cara:
Ikan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.


Tumis pula bawang besar sehingga layu. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga cili masak dan garing.


Masukkan asam keping, garam dan gula. kacau rata.

Masukkan ikan goreng dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan. 


Nota:
Sedap juga menggunakan ikan tenggiri. 


Catat Ulasan for "Ikan Selar Goreng Berlado"