Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Masak Kicap Mudah dan Sedap



Saya membaca kisah pergolakan keluarga penyanyi Shila Amzah bermula berikutan hasratnya ingin menjual rumah yang didiami oleh ibu dan adik beradiknya. Saya tidak menyebelahi mana mana pihak. 

Shila boleh "claim" itu rumah dia kerana nama dia diletakkan semasa pinjaman. Lagi pulak, dia yang merupakan tulang belakang utama yang menyumbang pada pendapatan syarikat yang menguruskan karier Shila. 

Tapi dalam masa yang sama, saya faham seseorang penyanyi perlu diuruskan oleh syarikat, ada pengurus, pembantu peribadi dsb yang semuanya dibayar gaji. Jika tidak syarikat sendiri, mungkin syarikat orang lain. 

Jadi bila pendapatan dan gaji oleh ahli keluarga yang terlibat dalam business show Shila dikatakan “diguna” juga untuk membayar pinjaman rumah, pada saya ahli keluarga seperti ibu dan bapa beliau juga ada hak ke atas rumah tersebut. 

Kerja dan usaha ibubapa beliau di dalam syarikat harus juga diberikan perhatian. Haa itu pendapat peribadi saya. Maksudnya seeloknya berbincang dengan keluarga sebelum penjualan dibuat kerana nampaknya bukan seperti hak mutlak Shila 100% walaupun sumber pendapatan adalah dari show Shila. 

Apa pun, seorang tidak boleh memburukkan keadaan dengan mengaitkan orang lain dalam krisis keluarga seperti menantu atau siapa sahaja. Sebagai ibu saya faham bila kita berkecil hati. Tapi kena cuba menahan dari berkata kata sesuatu yang menpunyai kesan jangka panjang. 

Ini kerana ianya akan lebih mengeruhkan keadaan. Kalau anak anak yang bergaduh sesama mereka akan cepat baik kerana air dicincangkan tak kan putus berbanding dengan hubungan dengan selain dari itu. Apa apa pun didoakan semoga semua kekusutan mereka sekeluarga dapat dileraikan dengan baik. Aamiin. Jom masuk pula bab masakan. 


Bila memasak, saya suka mempelbagaikan cara memasak. Dengan kata lain, saya memasak ikut gerak hati pada masa tu dan juga ikut bahan bahan yang tersedia di dapur. 

Saya tidak hanya menpunyai satu cara memasak untuk satu satu masakan. Selalu dengar kan orang yang hebat memasak selalu menulis saya memasak main campak campak jer, tak ada sukat sukat. Faham faham. 

Saya pun memasak main campak juga tapi bila saya nak kongsikan resipi, saya akan sukat supaya ianya mudah diikuti oleh follower saya terutama yang baru belajar memasak. 

Kalau kita hanya senaraikan bahan bahan digunakan, itu bukan resipi namanya. Resipi kena ada sukatan seperti 2 sudu besar serbuk kari, bukan hanya tulis serbuk kari sahaja. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Daging Masak Kicap Mudah dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
300 gram daging 
Garam
Serbuk kunyit
Serbuk perasa 
5-6 biji cili padi 
Minyak masak

Bahan hiris:
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili hidup

Bahan kicap:
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap ABC
Kicap manis secukupnya
Sedikit minyak bijan

Cara cara;
Panaskan minyak dan masukkan daging. Goreng hingga empuk. Jika daging lambat empuk, masukkan air secukupnya dan tutup sehingga terbit minyak dan daging empuk.  


Masukkan garam dan serbuk kunyit. Kacau rata. 

Masukkan bawang besar, bawang merah bawang putih, cili merah dan halia yang dihiris. Kacau rata.

Masukkan semua bahan kicap dan kacau rata. Setelah sebati, tutup api. 


Nota:
Boleh juga daging direbus sehingga empuk dan bila air hampir kering, baru dimasukkan minyak seperti cara saya memasak daging goreng kunyit Kelantan di SINI. Rasanya daging lebih cepat empuk.




Catat Ulasan for "Daging Masak Kicap Mudah dan Sedap"